Selasa, 7 Jun 2011

CITA-CITA,ANGAN-ANGAN KOSONG,ATAU REALITI.MEWUJUDKAN NEGARA 100% BERLANDASKAN AL-QURAN&HADITH

ARTIKEL INI CUMALAH PENDAPAT PERIBADI


CITA-CITA SAYA DAN HAKIKAT DAN YANG TELAH LAMA SAYA FAHAMI

Sebenarnya cita-cita bagi membentuk sebuah negara yang menegakkan syariat Islam 100% adalah cita-cita saya,harapan saya,kepada negara yang saya cintai ini.Namun,DARI DULU LAGI saya yakin ianya bukanlah semudah seperti yang disangkakan.Dari dulu lagi saya yakin, jika hari ini parti manapun yang berikrar ingin menegakkan alQuran&Hadith memerintah,adalah mustahil mereka mampu menegakkan sebuah negara yang mampu untuk melaksanakan syariat Allah 100% dalam jangka masa yang singkat.Adalah mustahil jika hari ini memerintah,esok undang-undang hudud terus dibawa berbincang,dan dalam masa beberapa bulan undang-undang hudud terus tertegak.Ianya suatu yang tidak masuk akal bagi saya.Maka pendekatan amatlah diperlukan bagi menjayakannya.

TIDAK PERNAH KECEWA DENGAN KENYATAAN PRESIDEN PAS

Sebab itu saya tidak pernah kecewa dan terkejut bila presiden PAS dalam muktamar PAS baru-baru ini menyatakan ingin memulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan terlebih dahulu.Sebab saya juga memahaminya,untuk menuju kearah perlaksanaan alquran&hadith secara total,ianya memerlukan beberapa perubahan utama terlebih dahulu.Dan perubahan ini pula mestilah melibatkan ciri-ciri di dalam Islam.

Dan bukankah apa yang dijelaskan oleh presiden PAS juga sebahagian dari ciri-ciri didalam Islam.Sesungguhnya cabaran untuk menegakkan negara berpandukan alQuran&Hadith 100% dalam sekelip mata adalah suatu angan-angan kosong sahaja.Sebab itu ia perlu untuk melalui peringkat,beberapa pendekatan,tempoh masa yang mungkin agak panjang,bahkan melibatkan juga kuasa sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi.

PERANAN ANDA SEBAGAI UMAT ISLAM

Setiap umat Islam mesti bercita-cita&ada rasa cinta yang menebal pada semua yang terkandung dalam alQuran&Hadith termasuk undang2 hudud.Malah sy berpendapat setiap pemimpin Islam mesti berusaha kearahnya walau apa cara sekalipun.Bukan membuangnya terus begitu sahaja.Bukan pula membencinya.Dan bukan pula menghina undang2 Allah ini.Sekurang-kurangnya bila ada rasa cinta&cita2 untuk menegakkan undang2 Allah,maka wujudlah suatu pendekatan kearahnya.

SEKADAR GAMBAR HIASAN,DIAMBIL DARI GOOGLE SEARCH

JAUH DI SUDUT HATI SAYA

Walau apa pendekatan sekalipun,harapan saya semoga negara kita akan mengembalikan alQuran dan hadith sepenuhnya tidak kira siapapun yang memerintah.PAS,UMNO,mahupun KEADILAN.Cita-cita saya semoga undang2 hudud tertegak juga kelak.Dan cita-cita saya semoga apa yang dijelaskan oleh presiden PAS baru-baru ini sebagai roda penggerak menuju kearahnya.Saya menyokongnya kerana cadangan tersebut adalah kearah baik pulih untuk mengembalikan kepada alQuran&Hadith.Walaupn sy yakin ianya memerlukan masa yang panjang,namun saya lebih memandang akan usaha kearahnya,dan jg hasil kearahnya,yakni mampu untuk lebih mendekati al-Quran&Hadith walaupun tidaklah secara mendadak.Bukannya membawa negara menuju kepada kemungkaran,kemaksiatan,dan makin menjauhi Islam.

KERAJAAN&PEMIMPIN ISLAM YANG BAIK PADA DEFINISI SAYA

Kerajaan&pemimpin Islam yang baik adalah kerajaan&pemimpin yang cuba untuk menegakkan keadilan,berusaha membersihkan negaranya daripada sesuatu yang dimurkai Allah,dan sentiasa membaik pulih negaranya yang mungkin telah rosak teruk supaya negaranya kembali kepada alQuran dan Hadith dari masa ke semasa,bukannya menambah-nambahkan lagi dengan sesuatu yang dimurkai Allah dan rasulnya di dalam pemerintahannya.Bukan pula merosakkan rakyat-rakyatnya supaya tidak mengerti lagi apa itu jihad disisi Islam,apa itu undang-undang Islam,dan banyak lagi tentang Islam.Sesungguhnya kerajaan&pemimpin Islam yang baik adalah kerajaan&pemimpin Islam yang mampu untuk mendidik rakyatnya untuk memahami Islam,dan juga kehendak Islam secara total.Bukan separuh-separuh.

p/s-orang yg tidak berkehendakkan pun untuk melihat negaranya kembali pada alQuran&Hadith adalah orang yang telah rosak imannya

[+/-] Read More...

Ahad, 10 April 2011

SYIAH&TAQIYYAH-PENDAPAT USTAZ MAULANA ASRI

Ustaz Maulana Asri merupakan seorang ulama sunni yang telah mengambil masa berpuluh tahun lamanya mengkaji tentang siapa syiah.Beliau telah memahami selok belok syiah melalui hasil kajian yang dibuatnya.Beliau banyak berceramah dan menulis buku tentang fahaman syiah.Anda boleh juga membaca pendapatnya didalam majalah I terbitan Karangkraf keluaran February 2011 edisi ke 100 pada muka surat 27.p/s-Mungkin beliau tidak pernah mengenali saya,tapi pernah beberapa kali saya menemui beliau.hehe..

Saya tertarik untuk berkongsi tentang satu kenyataan beliau di dalam siri2 pembongkaran syiah di youtube.Sila dengar kedua-dua link yang saya sediakan ini sepenuhnya supaya anda jelas akan maksud beliau tentang fahaman syiah menurut apa yang beliau faham hasil penyelidikkannya sejak sekian lama tentang syiah.Kemudian anda buatlah keputusan dan penilaian sendiri disamping mencari juga sumber-sumber lain TERUTAMANYA pendapat dari alim ulama.Wallahua'lam.


http://www.youtube.com/watch?v=r2QZk_SCIDk&playnext=1&list=PL3B1E3F84ED5AC46E

Dan juga yang ini

http://www.youtube.com/watch?v=s4u9GtS4AaU&feature=related

Rumusan-apa yang saya faham hasil dari 2 rakaman video itu menjelaskan,syiah sesekali tidak akan mendedahkan akidah sebenarnya kepada golongan sunni pada peringkat awal orang mengenali mereka,melainkan mereka menggunakan tektik taqiyyah.Iaitu menipu golongan sunni.Supaya golongan sunni akan melihat syiah sebahagi suatu fahaman agama yang tiada bertentangn dengan ajaran alQuran dan Hadith.

Namun,setelah ianya bertapak di dalam golongn sunni secara kukuh,mereka akan menarik golongan sunni sedikit demi sedikit untuk terpengaruh dengan ajaran mereka.Berdebat dengan mereka tidak mendatangkan hasil kerana mereka akan menipu bagi muwujudkan kesamaan akidah dengan kita.Hakikatnya mereka jauh berbeza fahaman dengan umat islam sunni.

Malah mereka mengkafirkan para sahabat.Lebih dasyat lagi mereka tidak percaya pada al-Quran&Hadith yang ada pada umat Islam hari ini.Mencari kebenaran siapa syiah tidak boleh melalui berhujjah dengan mereka kerana mereka akan menipu tentang ajaran mereka bagi meraih kepercayaan sebagai strategi orang ramai masuk syiah.Banyak perkara mereka tidak akan mengaku sedangkan ia memang wujud di dalam amalan dan kepercayaan mereka,melainkan kita sendiri kena buat penyelidikkan terhadap ajaran mereka tanpa bertanya mereka.


Anda boleh mendengar kesemua siri syarahannya ini di youtube bermula dari sini:

http://www.youtube.com/watch?v=QyxfxjhIing

[+/-] Read More...

Selasa, 22 Mac 2011

KESAN GEMPA BUMI DI JEPUN MENYINGKATKAN MASA,SAMA SEPERTI PESANAN RASULULLAH

Memetik dari berita harian.Baca sepenuhnya disini

"Selepas gempa bumi itu(Jepun),berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu"
"gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat."


Kemudian ini pula hadith dari rasulullah:

"Rasulullah saw. bersabda"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api" (Riwayat Tarmizi)

Sebenarnya terdapat pelbagai penafsiran dari kalangan alim ulama muktabar dahulu kala berhubung hadith ini.Namun salah satu penafsiran dari alim ulama dahulu kala tentang pesanan rasulullah ini membenarkan akan penemuan sainstis berkenaan masa menjadi singkat.Imam Abu Hamzah berkata : “Boleh jadi yang dimaksud dengan berdekatannya zaman ialah jangka waktu itu menjadi pendek.

Pendapat ulama lain yang juga hampir sama berkenaan maksud hadith tersebut-Bahawa yang dimaksud ialah jarak waktu semakin pendek dan berlalu dengan cepat secara hakiki. Ini terjadi pada akhir zaman, dan hal ini belum terjadi hingga sekarang

SEKADAR GAMBAR HIASAN.DIAMBIL DARI IMAGE GOOGLE SEARCH

[+/-] Read More...

Ahad, 6 Mac 2011

TUGU NEGARA DAN KEJAHILAN MASYARAKAT

Bagaimana sebilangan kita masih berdiam diri,dan terus menyokong pemimpin-pemimpin yg jelas mengajar rakyat-rakyatnya perkara yang syirik kepada Allah,sesungguhnya syirik bukanlah perkara yang kecil di dalam Islam,amat besar.Sungguh,betapa jahilnya umat islam hari ini,mereka redha,malah menyokong sepenuhnya apa sahaja yang haram yang datang dari pemimpin mereka.Puncanya kerana sebahagian besar mereka malas belajar agama,tidak tahu banyak perkara asas dalam agama.Sehinggakan mereka tersesat bersama pemimpin-peminpin mereka.
ADA PULA YANG PERGI TABIK HORMAT PADA PATUNG INI,DAN LETAKKAN BUNGA.SUNGGUH,BETAPA JAHIL NYA UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Dengar lah akan hujjah dari Dr.Asri,walau bagaimanapun telah banyak alim ulama menjelaskannya.Isinya sama sahaja dengan lain-lain pendapat alim agama,namun untuk kali ini saya lebih tertarik akan hujjahnya,dan nada penyampaiannya untuk isu ini.

video

[+/-] Read More...

Sabtu, 5 Februari 2011

SOKONG PERJUANGAN ISLAM BELUM TENTU MASUK SYURGA

PERHATIAN!Baca sampai habis bagi mengelakkan salah faham.

SOKONG PERJUANGAN ISLAM BELUM TENTU MASUK SYURGA

Menyokong perjuangan Islam bagi menegakkan agama Allah dalam sesebuah negara adalah sebahagian dari kefardhuan bagi setiap umat Islam.Namun jika hanya menyokong perjuangan Islam semata-mata tetapi masih kekal dengan sikap riak,sombong,tidak solat,berjudi,makan rasuah dan seumpama dengannya maka seseorang itu masih tidak akan terlepas dari azab api neraka.Sesungguhnya sokongan penuh kepada perjuangan Islam yang sebenar adalah fardhu keatas setiap umat Islam,namun ia masih tidak boleh dijadikan tiket untuk seseorang itu melalukan perbuatan-perbuatan lain yg haram.Kerana apabila memilih untuk menyokong perjuangan yang hendak menegakkan agama Allah,maka kita baru sahaja menyempurnakan salah satu dari kefardhuan didalam Islam,tapi masih banyak terdapat kefardhuan yang lain yang perlu disempurnakan juga.

APABILA MENOLAK PERJUANGAN ISLAM
Wajib menyokong perjuangan Islam.Apabila menolak perjuangan Islam,dan memilih sistem yang jelas bercanggah dengan islam maka perbuatan ini sebahagian dari perbuatan dosa.Walaupun seseorang itu masih solat 5waktu,tidak munum arak,mengerjakan haji dan lain-lain lagi tetapi masih meninggalkan salah satu dari perkara fardhu didalam islam maka ianya tetap dianggap perbuatan dosa.Dari segi hukum dan janji-janji Allah,perbuatan dosa boleh mendatangkan balasan api neraka.Ibarat solat tapi masih berzina,maka solat tersebut masih tidak boleh dijadikan tiket untuk menampung perbuatan zina nya.Jika memilih Islam dan segala sistem-sistemnya adalah suatu kewajiban,maka meninggalkkan walaupun salah satu sahaja yang ditinggalkan yakni menolak perjuangan Islam,maka sudah cukup untuk mendapat balasan api neraka.Tidak perlu menuding jari siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka,tapi masing-masing ingat mengingati perbuatan sebegini boleh mendatangkan syurga,dan perbuatan sebegitu boleh mendatangkan azab api neraka.Itu sahaja.Namun apabila peringatan sebegini diberikan,jangan lah pula menganggap orang yang cuba memberi peringatan ini sebagai sedang cuba menentukan syurga neraka seseorang.

APABILA DIKATAKAN SOKONG PERJUANGAN ISLAM MASUK SYURGA
Pernahkan anda dengar,solat 5waktu boleh menyebabkan kita terselamat dari azab api neraka/masuk syurga.Saya fikir anda tidak akan mempersoalkannya kerana kita sedia maklum.Tapi jika diperincikan lagi huraiannya,jika solat semata-mata tapi masih mengumpat,mendedahkan aurat,makan riba dan banyak lagi,maka solat yang dikerjakan masih tidak sempurna.masih banyak lagi perbuatan dirinya yang mengundang kepada neraka.

Samalah juga berdoa supaya dijauhkan dari azab api neraka.Kata ulama jika kita slalu mendoakan spya dijauhkan dari azab api neraka,maka api neraka akan berdoa kepada Allah spaya dijauhkan orang yang berdoa itu darinya.Jadi faham lah kita jika kita berdoa sedemikian maka kita akan dijauhkan dari azab api neraka,tapi apabila diperincikan lagi huraiannya jika kita berdoa sehari semalam supaya dijauhkan dari azab api neraka tetapi diri kita masih kekal melakukan maksiat dan tidak bersolat,adakah sempurna doa kita itu?

Maka samalah juga dengan isu sokong perjuangan Islam masuk syurga.Benarlah demikian,kerana menyokong perjuangan Islam adalah sebahagian dari kefardhuan,mendatangkan pahala yang sangat besar.Bukan kah pahala itu balasan syurga.Namun jika diperincikan lagi,jika hanya menyokong semata-mata tetapi kefardhuan-kefardhuan lain masih tidak disempurnakan,masih lagi melakukan perkara yang haram.Maka neraka lebih hampir kepada mereka.nauzubillah.

KESIMPULAN
Maka jika dikatakan sokong perjuangan Islam boleh mendatangkan balasan syurga,secara umumnya ianya itu adalah benar.Sama sebagaimana dikatakan solat boleh mendatangkan balasan syurga,berdakwah boleh mendatangkan balasan syurga,berpuasa boleh mendatangkan balasan syurga,berselawat boleh mendatangkan balasan syafaat dari rasulullah s.a.w dan seumpama dengannya.

[+/-] Read More...

Selasa, 1 Februari 2011

SOKONG PARTI TERTENTU MASUK SYURGA,BIAR ALIM AGAMA MENJAWABNYA

Alhamdulillah Dr.Maza selaku alim agama yang berilmu tampil memberikan penjelasan secara ilmiah tentang isu syurga neraka dan kesan memilih sesuatu yang tidak berlandaskan Islam.Sama-samalah kita mengambil manfaat darinya.



SEKADAR GAMBAR HIASAN,DIAMBIL DARI GOOGLE SEARCH

ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA?
Jawapan: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.

Zamani, Johor.

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.

2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).

Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)

“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.

3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.

4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.

6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:

“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)

7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:

“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.

[+/-] Read More...

Khamis, 13 Januari 2011

ADA HUDUD DI DALAM ISLAM,RAMAI YANG TIDAK TAHU

KENAPA SEBILANGAN YANG BERILMU AGAMA MENUTUP MULUT,DAN DIMANA JABATAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK TAMPIL BERI PENJELASAN

Aku cuma terfikir,apa yang sampai kepada umat Islam hari ini samada dari media mahupun disekolah harian biasa seakan-akan tidak lengkap tentang Islam.Sedangkan umat Islam sedang membesar dengan penuh cabaran diakhir zaman.Kenapa sistem pembelajaran disekolah tidak diberi kefahaman akan undang-undang islam,kenapa program-program agama di dalam radio mahupun televisyen tidak membincangkan tentang tajuk yang berkaitan dengan undang-undang cara Islam.Kenapa tiada forum kearahnya.

Kenapa dikaca televisyen tidak pernah menyentuh tentang kewajiban hukuman hudud.Kenapa di dalam media cetak seperti akhbar bahagian agama tidak menjelaskan akan kewajiban dan pengetahuan tentang undang-undang cara Islam ini.Kenapa tidak diadakan perbincangan terbuka secara ilmiah tentang undang-undang cara Islam.


KESAN TIDAK DIBERIKAN PUBLISITI TERHADAP UNDANG-UNDANG HUDUD

Disebabkan publisiti kearahnya tidak meluas,lihatlah kesannya hari ini.Ada yang tidak tahu lansung ianya wujud di dalam Islam.Ada tersalah faham tentang undang-undang Islam,malah lebih teruk dari itu ada yang menghina dan yang menganggap undang-undang Islam suatu kezaliman,dan beranggapan undang-undang yang sedia ada sekarang jauh lebih mulia dan bertamadun dari apa yang Allah perintahkan.Sedangkan perbuatan seumpaman ini boleh menyebabkan mereka kufur kepada Allah,yakni boleh membatalkan keahliannya sebagai seorang Islam(jadi kafir)kerana menghina perintah Allah.Jika ianya memberi kesan yang amat besar kepada seseorang yang menolak dan menentang sistem islam,kenapa ianya tidak dijelaskan akannya,kewajibannya,dan hikmah disebalik hukuman cara Islam?

Mungkin ramai memahami akan kewajiban menutup aurat,kewajiban solat,kewajiban menjalinkan silatulrahim sesama jiran tetangga,dan juga kewajiban menunaikan haji,tapi masih ramai yang meragui akan kewajiban memilih sistem perundangan Islam.Samada dari segi undang-undang hudud,perbankan,jual beli dan segala-galanya.

Malah menyokong sistem selain dari apa yang Allah tetapkan boleh mendatang syirik kepada Allah.Kita sedia maklum akan dosa perbuatan syirik.Dicampakkan "selama-lamanya" di dalam neraka tampa pengampunan dari Allah.Itu yang dijanjikan Allah kepada golongan yang berbuat syirik kepadaNya.

Aku tinggalkan kepada pembaca akan rakaman video klip dari seorang ulama antarabangsa yang tidak asing lagi bagi pecinta ilmu .Sama-sama lah kita renung-runungkan akan hujjahnya.

video


p/s-islam bukan hanya solat,tidak makan babi dan tidak meneguk arak semata-mata..

[+/-] Read More...

Rabu, 12 Januari 2011

HUKUM HUDUD DISISI ISLAM-USTAZ ZAHARUDDIN MENJAWAB PERSOALAN DAN KEKELIRUAN TUN DR.MAHATHIR

Susulan beberapa persoalan daripada Tun Dr.Mahathir di blognya(klik disini) berkenaan dengan hukuman cara Islam,selaku ilmuan Islam,Ustaz Zaharuddin tampil memberikan penjelasannya.Kerana huraiannya dijelaskan secara akademik dan berhemah dengan mengetepikan emosi dalam menulis,maka aku benar-benar tertarik untuk mengambil huraiannya di zaharuddin.net.Berikut adalah petikan dari jawapan Ustaz Zaharuddin.Klik disini untuk baca sepenuhnya.


Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.

  • DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.


  • DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

  • DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semua hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.


  • DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir


  • DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.


  • DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Jika seseorang itu berkefahaman sesat 'anti hadis', sudah tentu hanya akan mendakwa tiadanya ayat Quran yang specifik sebagai alasan, namun terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan keperluan untuk taat dan mengikuti Rasulullah, bagaimana cara taat? tidak lain dengan merujuk kepada sumber perincian ayat-ayat Al-Quran yang biasanya bersifat umum, sumber itu adalah hadis-hadis Nabi. Tidak menerima Hadis bermakna seseorang itu tidak menerima Al-Quran. Gelaran yang tepat bagi kumpulan yang tidak meyakini hadis, sebenarnya bukan kumpulan 'anti hadis' tetapi golongan anti 'Al-Quran dan Hadis' sekaligus.

Kalaulah semua hadis itu tidak boleh dipercayai sebagaimana dakwaan kumpulan sesat 'anti hadis (& Quran) tadi,' bagaimana mungkin boleh wujud ayat-ayat Al-Quran seperti di bawah yang menyuruh kita mengikut Rasulullah? Sudah tentu akan berlaku kontradiksi, dan mustahil Allah akan mengarahkan kita kepada sesuatu perkara yang mustahil atau di luar kemampuan untuk diikuti.

Kerana itu jelas bahawa apabila Allah memberitahu bahawa Allah menjaga Al-Quran, maka yang termasuk juga di dalam peliharaan Allah adalah hadis-hadis. Kerana itu sehingga hari ini, kita dapat lihat sistem yang sangat terperinci dalam tapisan sesebuah hadis.

Dalam konteks sebatan ini, ayat-ayat yang menjadi sumber hukumannya merujuk kepada semua ayat-ayat yang mengarahkan kita untuk patuh kepada Nabi s.a.w dan mencontohinya, itulah satu-satunya jalan selamat dan diredhai Allah swt . Sebagai contoh ,ayat nya adalah dari Surah Al-Imran ayat ke- 31

Ertinya : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ali- Imran : 31 )

dan sebuah ayat lagi :-

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya
. ( An-Nisa : 59)

Jadi bagaimana ingin mengikuti dan merujuk kepada Rasul dalam konteks hukuman bagi peminum arak ini?. Jawapannya sekali lagi, iaitu dengan merujuk kepada hadis-hadis baginda Nabi. sebahagiannya telah disebut di atas. Manakala kitab-kitab rujukannya boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika mahu melihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.

**********************************************************************

p/s(syahbandar87)-jarang sekali terdengar alim ulama dan orang yang berilmu agama berpendapat undang-undang cara Islam tidak perlu dilaksanakan,dan tidak releven disebabkan suasana masyarakat majmuk dan negara moden.Yang biasa didengar ayat-ayat seumpama itu adalah dari orang awam,yang kurang memahami Islam

[+/-] Read More...

Fahamilah : Tiada 'Pinjaman Secara Islam' di Bank Islam


Bank Islam Peniaga Bukan Pemberi Pinjam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Ramai yang terkeliru apabila menyebut 'pinjaman secara Islam' apabila merujuk kepada produk-produk yang ditawarkan oleh bank-bank Islam. Hakikatnya, mereka semua silap, kerana produk bank Islam yang berasaskan pinjaman hampir tiada. Ini adalah kerana sesebuah 'pinjaman' Islam tidak boleh sama sekali dijadikan sebagai medium untuk meraih sebarang keuntungan. Pinjaman tidak lain hanya satu jenis kontrak belas ihsan, untuk menolong mereka yang susah secara percuma sahaja. Hasil dari itu, Allah swt menjanjikan mereka yang memberikan pinjaman tanpa sebarang caj dengan gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda.

Terlalu sedikit produk bank-bank Islam yang didasari oleh aqad pinjaman, contoh seperti kad Caj oleh Ar-Rajhi Bank dan beberapa lain, yang lain semuanya bukan atas aqad pinjaman. Hasil dari itu, bank-bank Islam berusaha mencari pelbagai konsep lain yang lebih sesuai. Ternyata keuntungan secara halal boleh diperolehi tiga kaedah iaitu:-

1) melalui aqad jual beli, termasuk sewaan

2) melibatkan diri dalam sistem perkongsian pelaburan dari jenis Mudharabah atau Musharakah.

3) Melalui konsep ujrah atau upah hasil sesuatu perkhidmatan yang diberi.

Namun begitu, menurut kebiasaanya ketiga-tiga konsep ini digunapakai oleh individu atau syarikat-syarikat persendirian atau biasa bagi memperolehi untung. Ia ternyata amat sesuai dan tepat untuk digunakan oleh industri tersebut.

Oleh kerana sifat dan fungsi sebuah bank berbeza dengan sebuah syarikat jualan biasa, sambil menyedari ketiga-tiga konsep sahaja yang ada bagi membolehkan sesebuah bank untuk memperolehi keuntungan, pihak bank cuba mengadaptasikan konsep-konsep tersebut bagi menyesuaikannya dengan sifat sebuah bank di zaman moden ini. Sebuah bank pada asasnya berfungsi sebagai pemberi pinjaman, itu adalah dalam konteks sebuah bank riba, maka fungsi itu terpaksa ditukar kepada bank Islam sebagai pembiaya yang juga bersifat sebagai 'trader', iaitu penjual dan pembeli.

Untuk mengubah sifat asal fungsi sebuah bank dari pemberi pinjam kepada pembiaya dan penjual serta pembeli, bank-bank Islam banyak menghadapi cabaran undang-undang setempat. Adakalanya halangan undang-undang setempat boleh menjadikan sebuah bank Islam gagal untuk berfungsi secara seratus peratus menepati Shariah. Bukan kerana mereka sengaja untuk ingkar dan culas, tetapi terpaksa tunduk dek undang-undang setempat yang enggan diubah oleh pembuat undang-undang. Usaha mendesak masih berterusan tetapi tentunya tidak wajar diletakkan ancaman dan kecaman kepada bank-bank Islam. Jika ingin mengecam, pastinya anda faham siapa yang patut ditujukan kecaman.

CARA BANK ISLAM

Dalam tulisan ini, saya akan cuba mendedahkan dengan ringkas salah satu cara yang cuba digunapakai oleh sebuah bank Islam bagi menjalankan fungsinya sebagai pembiaya dan juga trader.

Caranya adalah dengan memperkenalkan konsep jualan secara Murabahah. Bagi mengadun kontrak Murabahah agar ia dapat disesuaikan dengan peranan asas sebuah bank iaitu sebagai pembiaya, financier atau orang tengah (intermediaries) yang pada hakikatnya tetapi ingin bertransaksi seperti syarikat peniaga (trader), beberapa jenis pengadunan kontrak Murabahah telah dibuat bagi tujuan itu. Ia seperti berikut :-

· Produk pembiyaan aset atau modal (Financing): Murabahah antara tiga pihak (Tri-partied Murabahah )

· Produk Perbendaharaan (treasury) : Komoditi Murabahah

· Produk pasaran modal (capital market) : Terbitan Sukuk Murabahah

Demikian tadi tiga contoh produk utama yang menggunakan konsep Murabahah dalam tiga sektor utama perbankan. Namun dalam tulisan ini, saya hanya akan menyebut satu sahaja dari tiga produk tadi.

MURABAHAH DENGAN PIHAK YANG PINTA BELI (MURABAHAH LIL AMIR BISHIRA)

Murabahah Lil Amir Bishira didefinisikan sebagai jualan Murabahah bagi individu yang berjanji untuk membeli atau Murabahah to the purchase orderer, ia adalah satu bentuk permintaan satu pihak (pelanggan) kepada satu pihak lain yang mempunyai wang (biasanya bank) untuk membeli satu satu aset yang diingi pelanggan dengan pihak pelanggan berjanji akan membelinya dari pihak yang pembeli awal (bank) dengan harga yang lebih tinggi dari pembelian pertama. (Al-Murabahah kama Tujrihi Al-masarif Al-Islamiah, Al-Qaradhawi)

Produk ini mempunyai bentuk idealnya dan mempunyai bentuk praktikal yang diamalkan oleh beberapa buah bank Islam di Malaysia. Kebiasaannya konsep ini digunakan untuk produk-produk runcit di bank-bank Islam (retail banking products).

Produk yang menggunakan asas Murabahah biasanya boleh digunakan untuk pembiayaan aset seperti :

· kereta, rumah, kapalterbang, kapal

· alatan mesin untuk kegunaan kilang,

· bangunan

· tanah

· hak cipta

· hak pemilikan saham

dan lain-lain aset yang bersifat tangible dan intangible.

HUKUM

Majoriti ulama mengharuskan pembelian secara dalam bentuk ini dengan beberapa syarat yang mesti dijaga. Selain syarat-syarat Murabahah yang biasa, kontrak Murabahah antara tiga pihak ini punyai beberapa syarat tambahan, tanpanya jual beli ini dikira batal dan haram.

Keharusan jual beli ini telah lama disebut, khususnya oleh Imam As-Syafie :-

إذا أَرى الرجلُ الرجلَ سلعة، فقال: اشتر هذه وأربحك فيها كذا، فاشتراها الرجل، فالشراء جائز, والذي قال أربحك فيها بالخيار , إن شاء أحدث فيها بيعا وإن شاء تركه

Ertinya : Apabila seorang lelaki menunjukkan kepada seorang yang lain satu barang lalu berkata : Engkau belilah ia, dan aku akan beli dari kamu dengan tambahan beberapa jumlah untung buatmu, maka lelaki (pertama) itu membelinya, jual beli ini adalah harus, manakala lelaki yang berkata akau akan membeli darimu dengan untung( yang berjanji), adalah terbuka kepada pilihan, sama ada untuk membelinya atau menolaknya . (Al-Umm, Muhammad bin Idris As-Syafie, 3/33)

Proses jual beli sebegini juga turut difatwakan oleh majoriti ulama semasa sebagai harus, termasuk majlis Syariah Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) [1], Fatwa muktamar Perbankan Islam kedua di Kuwait tahun 1983 dan juga Akademi Fiqh OIC dalam sidang mereka yang kelima pada tahun 1988.

Antara syarat bagi menjadikannya halal sebagaimana yang dijelaskan secara ringkas dalam resolusi akademi Fiqh OIC adalah ( rujuk Qararat wa tawsiat, Akademi Fiqh OIC, Dar al-Qalam):-

أولاً : أن بيع المرابحة للآمر بالشراء إذا وقع على سلعة بعد دخولها في ملك المأمور ، وحصول القبض المطلوب شرعاً ، هو بيع جائز ، طالما كانت تقع على المأمور مسؤولية التلف قبل التسليم ، وتبعة الرد بالعيب الخفي ونحوه من موجبات الرد بعد التسليم ، وتوافرت شروط البيع وانتفت موانعه .

ثانياً : الوعد - وهو الذي يصدر من الآمر أو المأمور على وجه الانفراد - يكون ملزماً للواعد ديانة إلا لعذر

ثالثا : المواعدة - وهي التي تصدر من الطرفين - تجوز في بيع المرابحة بشرط الخيار للمتواعدين ، كليهما أو أحدهما ، فإذا لم يكن هناك خيار فإنها لا تجوز ، لأن المواعدة الملزمة في بيع المرابحة تشبه البيع نفسه ، حيث يشترط عندئذ أن يكون البائع مالكاً للمبيع حتى لا تكون هناك مخالفة لنهي النبي عن بيع الإنسان ما ليس عنده

Ertinya :

Pertama : Jualan ini apabila berlaku ke atas satu asset, diwajibkan pihak pembeli (bank) untuk memiliknya dengan pemilikan sah menurut hukum syara, maka tatakala itu ia jualbeli yang sah. Iaitu selagi mana pihak yang diminta (biasanya bank) menanggung tanggungjawab dan risiko jika aset rosak sebelum dijual (serahan) kepada pelanggan, dan juga bertanggung jawab untuk menerimanya jika dipulangkan kerana terdapat ‘aib yang tersembunyi pada asset dan sebab-sebab yang mewajibkan pengembalian semula setelah diserah kepada pembeli.

Kedua : Janji : iaitu yang diberikan oleh peminta (pelanggan) kepada yang diminta ( bank), janji ini bersifat mengikat (mulzim) ke atas yang member janji dari sudut agama kecuali jika terdapat keuzuran sebenar

Ketiga : Kedua pihak saling berjanji : Iaitu janji yang diberikan oleh kedau-dua belah pihak (pihak peminta janji akan beli dan yang diminta janji akan jual), ia adalah harus dengan syarat kedua pihak bebas dan boleh memilih (sama ada untuk meneruskan atau membatalkan), jika kedua belah pihak terikat dan tidak boleh membatalkan janji mereka, tatkala itu janji kedua belah pihak menjadi tidak harus (kontrak batal dan haram), kerana saling berjanji untuk membeli dan menjual adalah sama seperti kontrak jual beli, yang ketika itu memerlukan penjual telah memiliki aset, agar mereka tidak jatuh ke dalam larangan menjual sesuatu sebelum memilikinya.

Kesimpulannya, jual beli secara murabahah ini boleh dan halal dilaksanakan oleh bank-bank Islam dengan syarat-syarat khusus yang disebutkan di dalam resolusi fatwa di atas ringkasannya :-

  • Bank mestilah telah membeli aset dan memilikinya sebelum dijual kepada pelanggan.
  • Aset yang dijual oleh bank mestilah berada dalam jaminan pihak bank selaku penjual sekiranya terdapat kerosakan dan aib tersembunyi, justeru pihak pelanggan boleh memulangkannya kepada bank jika terdapat rosak.
  • Janji dari satu pihak adalah bersifat mengikat.
  • Janji dari dua pihak tidak boleh bersifat mengikat, kerana ia akan jatuh dalam jualan hutang dengan hutang dan jualan aset yang belum dimiliki.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

12 Mei 2009

DIAMBIL DARI ZAHARUDDIN.NET.KLIK DISINI

[+/-] Read More...

Ahad, 9 Januari 2011

BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINA


BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

diambil dari laman web Dr.MAZA.klik disini

[+/-] Read More...

Jumaat, 7 Januari 2011

BANK CARA ISLAM DAN PERSEPSI UMAT ISLAM

JIKA PASARAYA MILIK BUKAN ISLAM MENJUAL BARANGAN YANG HALAL DISISI ISLAM,UMAT ISLAM BOLEH MEMBELINYA

Masalah bank islam milik bukan Islam tidaklah menjadi masalah.Contohnya jika pasaraya milik bukan islam yang menjual menjual barangn halal,adakah haram untuk kita membelinya?Ataupun sebuah restoran yang miliknya bukan islam,tapi masih mematuhi cara islam seperti membeli haiwan yang disembelih,disahkan halal penggunaan makanannya,dan juga ada umat islam yang mengurusknnya pemakanannya,adakah ia masih haram?Tentu sekali tidak bukan..Jadi samalah juga soal bank dari syarikat bukan islam,tapi masih mewujudkn sistem islam dengan mewujudkn beberapa unit pakar muamalat islam yang dikendalikn oleh umat islam,dan dipantau oleh jabatan agama yang berwajib,maka adakah ia boleh dianggap masih haram?Tentu sekali tidak.

Berhubung bank cara islam,berdasarkan maklumat,bank-bank islam menyediakan pakar muamalat islam bagi membentuk satu sistem perbankan islam.Malah mereka ada juga mengadakan kursus dan seminar kepada staf-staf yang berkaitan bersama pakar muamalat islam berhubung cara menguruskan kewangan islam bagi sesetengah bank yang giat menjalankan cara islam.Malah telah dikeluarkan beberapa senarai rasmi bagi bank-bank yang mematuhi cara islam yang telah diiktirafkan(ada dikeluarkn dlm satu siaran berhubung muamalat islam di tv1 tahun lps).

SEKADAR GAMBAR HIASAN,DIAMBIL DARI GOOGLE SEARCH

PIHAK YANG TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BANK ISLAM

Sesetengah pihak kurang senang dengan bank Islam kerana kata mereka lebih mahal berbanding bank bukan Islam.Kebanyakkan bank bukan Islam adalah bersifat global dan mempunyai kadar keyakinan pelanggang yang amat besar.Maka disebabkan itulah mereka mampu menyediakan perkhidmatan yang lebih murah.Contohnya,sebuah pasaraya yang besar seperti Mydin/Tesko semestinya mampu untuk menjual barangan dengan harga yang lebih rendah kerana mempunyai cawangan,pengaruh yang besar,disamping keyakinan pelanggang dan pelabur.Disebabkan faktor inilah mereka mampu berdiri teguh dan menyediakan perkhidmatan yang lebih murah,berbeza dengan kedai runcit semestinya lebih mahal berbanding Mydin/Tesko.Kerana tidak bersifat global yang berpengaruh.Jika kita inginkan pekhidmatan bank Islam yang lebih murah,maka kitalah yang perlu untuk menyokong mereka sehingga mereka mampu berdiri teguh sama sebagaimana bank-bank bukan Islam yang lebih global dan berpengaruh.

Berhubung kadar denda yang diambil oleh sebilangan bank Islam,untuk pengetahuan bank Islam tidak menggunakan hasil dari kutipan denda tersebut untuk kemajuan banknya,tapi digunakan untuk kebajikan termasuk zakat dan seumpama dengannya.Dan denda tersebut tidak lebih dari hanya denda pengajaran kepada pelanggang supaya lebih telus dalam membuat pembayaran,tapi denda tersebut bukanlah untuk mengaut keuntungan kepada pihak bank seperti yang dibuat oleh bank-bank bukan Islam.

PERLUKAN BUKTI YANG KUKUH

Berkenaan dakwaan sesetengah pihak terhadap bank islam,ianya masih menjadi tanda tanya kerana terlalu banyak kesamaran dakwaan tersebut dan persoalan kerana tiada terbukti secara jelas.Jika benar apa yang didakwa,maka bentangkan akan kertas kerjanya kenapa ianya adalah tidak betul dan haram.Contohnya penjelasan ustaz zaharuddin yang membentangkan dengan rapi dan jelas akan beberapa MLM yang dianggp haram untuk disertai,berhubung khilaf tentang asb,FOREX dan juga beberapa lagi penjelasan yang panjang lebar besertakan bukti akan sesuatu hal yang dibangkitkan dan dinyatakan haram,malah orng yg mendedahkn pula(beliau) bukanlah calang-calang orng didalam dunia kewangan islam di Malaysia dan juga di luar negara.Jadi dakwaan sesetengah pihak tetang bank islam tidak betul memerlukan sokongan bukti yang kukuh dari alim ulama dan juga pakar muamalat islam terlebih dahulu.Dan kemudian ianya didedahkan secara detail dan jelas.Jika hanya cakap-cakap kosong sahaja maka ia tidak memadai untuk mengeluarkan fatwa,tidak memadai untuk menyatakan bank cara Islam yang ada di Malaysia sekarang adalah tidak betul,salah,riba,haram dan seumpama dengannya.


wallahua'lam

[+/-] Read More...

Khamis, 6 Januari 2011

REZEKI HARAM YANG DISANGKAKAN HALAL

Boleh dikatakan ramai juga kalangan kita tidak sedar,ataupun jahil,ataupun jadi buta bila melibatkan sesuatu perniagaan,ataupun pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang cepat dan berganda dengan mudah.Ayah haji,pak lebai,golongan terpelajar dan bekerjaya tidak terkecuali untuk terlibat dengan duit-duit haram ini.Mungkin mereka tidak pergi berjudi di Genting,ataupun mereka juga bukan lah Along ceti haram,perompak di bank atau seumpama dengannya.Tapi ada kalangan kita ramai yang makan riba.

Tahukah anda dosa makan riba lebih teruk dari dosa makan babi,lebih teruk dari dosa berzina dengan jiran sebelah rumah,lebih teruk dari dosa meneguk arak berbotol-botol,malah kita ibarat mengisytiharkan perang dengan Allah apabila kita memakan riba.Riba bukanlah perkara yang kecil didalam Islam.Jadi jika demikian kenapa kita terlalu cepat lega dan telah berasa beriman apabila kita bukanlah seorang pelacur,bukan seorang kaki botol,bukan penggemar daging babi,tapi sedangkan kita masih makan riba.

JANGAN BERSIKAP TIDAK MAHU AMBIL PEDULI

Dalam kebanyakkan artikal aku sebelumnya,selalu aku ingatkan wajib belajar agama.Umat Islam yang tidak ambil tahu soal agamanya termasuk dari kalangan yang fasik.Malah risiko yang lebih besar bagi orang yang jahil adalah syirik kepada Allah.Kita sedia maklum kesan syirik kepada Allah,yakni kekal selama-lamanya didalam neraka tampa pengampunan jika tidak sempat bertaubat semasa hidup.Berkenaan riba,anda tidak boleh katakan anda tidak tahu sesuatu perkara itu adalah riba,kerana dimana-mana sahaja terdapat majlis ilmu,dimana-mana sahaja terdapat ustaz yang boleh anda ajukan soalan,di internet betapa banyaknya lambakan ilmu-ilmu agama(pastikan pilih dengan betul),malah buku-buku muamalat juga banyak dijual disamping banyak dijelaskan didalam rancangan agama ditelevision.Sebab itulah agama Islam itu wajib didalami,berdosa besar bagi sesiapa yang hidupnya hanya lah cari rezeki semata-mata dengan mengekalkan kejahilan dalam dirinya tampa mencari agama.

DARI SUMBER INTERNET UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN TAMBAHAN

Untuk memudahkan pembaca,aku turut sediakan beberapa link yang boleh dijadikan rujukkan.Setiap kali aku menyediakan sumber dari internet,aku akan pastikan sumbernya dari laman web yang aku percayai seperti orang yang benar-benar berilmu,laman web beberapa ustaz yang sememangnya diakui miliknya dan juga laman web jabatan agama islam dari mana-mana negeri pun.

1.PELABURAN PROJEK PENTERNAKAN,DAN LAIN-LAIN PELABURAN PERLU DISEMAK TERLEBIH DAHULU KAEDAH PELABURAN DAN STATUSNYA DISISI ISLAM SEBELUM MENYERTAINYA.

http://wacanailmuan.blogspot.com/2009/12/pelaburan-ikan-keli-2.html
http://wacanailmuan.blogspot.com/2009/12/pelaburan-ikan-keli-3.html

(Rumusan ini adalah kefahaman aku sahaja,baca sepenuhnya bagi mendapatkan kefahaman yang lebih jelas)
Rumusan aku dari penjelasan beliau adalah sebarang pelaburan mestilah jelas materialnya.Contohnya jika ingin melabur ikan,anda mesti boleh melihat yang mana satu ikan milik anda yang anda laburkan,dan juga jika pelaburan tersebut memerlukan untuk anda membayar harga barang seperti pukat,anda mesti boleh melihat yang mana satu pukat milik anda.Dan juga kadar keuntungan tidak boleh tetap.Contohnya pemilik tidak boleh menjanjikan keuntungan tetap seperti setiap 3bulan anda mesti akan dapat RM300.Hal ini termasuk dalam katagori riba.Cara Islam adalah keuntungan tidak boleh ditetapkan,mesti bergantung kepada keuntungan bulanan syarikat.Contohnya jika bulan januari untung RM1000,dan perkongsiannya 10%,maka pelabur akan dapat untung RM100.Jika bulan depan untung RM2000,pelabur 10% akan dapat untung RM200.Maksud saya adalah,pengagihan ganjaran kepada pelabur berubah-ubah,mengikut kadar keuntungan syarikat.

2.FATWA JAKIM

Berhubung pendapat keuntungan tetap seperti yang dijelaskan diatas adalah riba dan haram,ianya disokong oleh fatwa JAKIM yang menyatakan sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap adalah termasuk dalam riba dan gharar.Anda boleh merujuknya disini
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaburan-ke-atas-syarikat-swiss-cash-mutual-fund

3.PENDAPAT USTAZ ZAHARUDDIN(Pakar Muamalat Islam)BERHUBUNG LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100 YANG DIGILAI RAMAI PEMILIK AKAUN FACEBOOK

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline--login-facebook-dapat-rm100.html#comments

(Rumusan ini adalah kefahaman aku sahaja,baca sepenuhnya bagi mendapatkan kefahaman yang lebih jelas)
Konsep keuntungan melalui login Facebook dapat untung yang lumayan adalah haram disisi Islam kerana jelas mempunyai unsur-unsur gharar.Malah apa sahaja perniagaan perlulah jelas.Contohnya jika menjalankan suatu perniagaan,peserta yang menyertinya mestilah cenderung pada kualiti barang.Namun bagi kebanyakkan skim untung cepat berganda,kebanyakkan yang menyertainya adalah kerana mereka teruja akan permainan sistem gandaan wangnya,dan bukanlah produknya.Malah adakalanya produk tersebut bukan lah berkualiti,ianya cumalah menjadi sandaran sahaja untuk menampakkan adanya produk didalam urusniaga mereka.Yang mana hakikatnya mereka sedang seronok dengan sistemnya,yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dengan mencari ahli baru samada konseps upline ataupun downline.Gabungan dari sebab-sebab ini dan pelbagai lagi sebab-sebab lain termasuk unsur gharar,maka ianya adalah termasuk dalam katagori riba dan juga judi.Oleh itu menurut beliau,umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai sistem sebegini.

4.LAIN-LAIN

Ini belum lagi termasuk bagi kes duit pelaburan di dalam asb(anda boleh rujuk disini dan disini akan statusnya),MLM dan ciri-ciri yang mensabitkan haramnya sesuatu MLM(rujuk disini dan juga disini)pekerjaan di tempat-tempat yang mengenakan cas denda lewat bayar seperti di bank-bank tertentu yang tidak mengikut cara Islam,penggunaan kad kredit melebihi tempoh sehingga dikenakan kenaikkan cas,insuran-insuran tertentu yang tidak menepati piawaian Islam,dan pelbagai lagi.Sebagai orang Islam anda wajib ambil tahu.Kerana kesemua yang dijelaskan diatas ada risiko untuk terjebak dengan riba dan judi.

p/s-apabila ulama cakap makan riba masuk neraka,hal ini bukan lah bermakna mereka yang menentukan syurga neraka seseorang,tapi mereka cuma memberitahu apa yang Allah ingatkan kepada umat manusia.maka sama-samalah kita ingat mengingati

[+/-] Read More...

Selasa, 4 Januari 2011

TABLIGH

PERHATIAN!!Artikel kali ini memang sangat panjang,untuk memberi kefahaman kepada pembaca yang berkehendakkannya.Hanya orang yang benar-benar ingin tahu sahaja akan membacanya sampai habis.Hehe..Tahniah kepada yang sudi baca sampai habis.Hope jangan baca separuh,takut nanti salah faham pulak.


HARUS DIBERI PUJIAN

Jemaah tabligh pada pandangan aku mereka merupakan jemaah yang mahu mengajak umat Islam untuk datang ke masjid,dan belajar asas-asas didalam Islam.Menziarahi dari rumah ke rumah dan mengajak orang untuk datang ke masjid dan mendengar kuliah-kuliah agama adalah suatu yang mustahil boleh dilakukan oleh sesetengah orang.Mampukah kita untuk menahan kerenah pelbagai ragam manusia kerana untuk menegakkan agama Allah.Mampukah kita mengetuk pintu dari rumah ke rumah mengajak manusia untuk kemasjid?Jika kita tidak mampu jangan sesekali mempersoalkan tindakan mulia mereka ini.

SUMBANGAN DI DALAM ISLAM

Lihat sahaja pergerakan tabligh ini,mereka mampu memasuki ke celahan-celahan kampung kecil,sehingga ke bandar-bandar besar untuk menyebarkan agama Allah ke serata negeri dan negara.Tidak boleh disangkal kerana memang terdapat ramai umat Islam yang jahil akhirnya lebih mengenal Islam melalui gerakan jemaah tabligh.Sepertinya kisah oleh seorang alim agama kepadaku suatu ketika dahulu,iaitu jemaah tabligh yang pernah berjaya masuk ke negara rakyatnya bukanlah dari kalangan penganut agama Islam dan menyebarkan Islam disana.Dan berjaya mengislamkan sebilangan umat Islam disana.Sekurang-kurangnya mereka mampu,tapi kita belum tentu lagi.

Daripada tidak pandai solat sehinggalah jadi pandai,dari yang teruk kehidupannya sehinggalah lebih islamik caranya.Dari orang biasa sehinggalah menjadi seorang pendakwah.Malah gerakan mereka menyusuri masuk di rumah-rumah kebajikan orang kurang upaya dan membawa Islam.Ada kalangan OKU yang tidak pernah mengenal Islam secara menyeluruh,sungguh menyayat hati apabila ada dari kalangn yang bisu yang tidak sampai sepenuhnya dakwah islam kepadanya sehinggakan mereka menganggap Allah itu lelaki.Itulah luahan pengalaman oleh seorang tabligh yang aku baca di dalam sebuah blognya suatu ketika dahulu.

SEKADAR GAMBAR HIASAN,DIAMBIL DARI GOOGLE IMAGE

SEDIKIT BERBEZA PENDAPAT

Pernah aku berbual dengan seorang jemaah tabligh yang mana menurut ahli-ahlinya yang lain beliau merupakan seorang profesor di sebuah ipt.Percakapannya cukup lantang,namun sebagai orang muda yang kurang ilmu aku cuma mendengar sahaja dan tidak berminat untuk menentang hujjahnya.Menurutnya soal dakwah ini cukuplah memadai kita mengajak orang pergi masjid sahaja.Kerana jika orang telah berjaya pergi masjid dan solat,maka peribadinya akan berubah kepada kebaikkan.

Antara contoh yang dia berikan adalah jika ternampak pasangan yang membuat maksiat,tiada gunanya kita marah mereka,tidak gunanya gertak mereka,ataupun menangkap mereka.Sebaiknya kita ajak mereka ke masjid untuk solat.Dan dia juga berpendapat perjuangan Islam melalui politik tidak akan membuahkan hasil jika dibandingkan dengan keluar berdakwah dari rumah ke rumah ajak orang solat 5waktu.Mungkin itu pendapat peribadinya,bukan mewakili jemaah tabligh,aku pun tidak pasti.

Tapi aku masih berpendapat amal ma'ruh nahi mungkar mestilah seiring.Dan aku juga berpendapat perjuangan Islam melalui politik juga adalah suatu kepentingan dalam Islam.Kerana melalui politik jugalah kita mampu membina empayar islam yang berkuasa,mempromosikan islam melalui pelbagai program,memperkasa pendidikan islam kepada anak-anak Islam,membetulkan apa yang salah dan apa yang kurang,serta banyak perkara lagi yang tidak mampu dilakukan oleh badan-badan yang tidak mempunyai kuasa memerintah.

MEMBINA RUMAH PERLUKAN PELBAGAI ALAT PERTUKANGAN

Seperti juga membina rumah,kita memerlukan gergaji,tungkul,pahat,dan pelbagai lagi peralatan,maka samalah juga dengan Islam.Jadi samalah juga dalam konteks untuk memperkasakan Islam,perjuangan Islam tidak boleh hanya tertumpu kepada politik semata-mata,tidak boleh hanya tertumpu pada dakwah dari rumah ke rumah semata-mata,tidak boleh hanya tertumpu pada kuliah-kuliah agama di masjid semata-mata.Tapi ianya memerlukan gabungan dari kesemuanya.

Janganlah kita menafikan antara satu sama lain.Ianya akan bertambah teguh jika setiap kelompok dari jemaah yang berbeza memahami prinsip ini tampa mempertikaikan antara satu sama lain.Dan ia akan bertambah baik jika sama-sama masing menyokong antara satu sama lain.Tidak perlu memilih bulu,apabila tiba giliran ceramah golongan tabligh,ahli-ahli masjid yang biasa mendengar ceramah ustaz-ustaz lain akan meninggalkan kuliah ilmu yang dilakukan oleh jemaah tabligh(berdasarkan pengalaman ditempatku).Mengapa kita tidak mahu mendengarnya,sedangkan mereka menceritakan tentang sirah rasulullah s.a.w,ingatan kepada melakukan amal-amal yang baik dan peringatan supaya meninggalkan perkara maksiat.

Samalah juga sebaliknya,jika jemaah tabligh datang tinggal dimasjid,dan ada kuliah agama yang mana bukanlah dari kalangan guru mereka,maka apalah salahnya jika sama-sama duduk bersila mendegar akan nasihat dan ilmu yang disampaikan.Kerana pernah berlaku satu kes dimana bila ustaz lain mengajar di dalam masjid,ada jemaah dari kelompok tertentu tidak bersama dengan mereka.Berada di luar masjid dan melakukan kerja-kerja lain.Hanya apabila guru mereka ceramah sahaja baru mereka masuk.Hal ini sememangnya tidak patut kerana tiada wujud keterbukaan dalam memahami antara satu sama lain.Dan tiadanya wujud bersatu antara satu sama lain.

[+/-] Read More...

Selasa, 28 Disember 2010

RUJUKAN DARI SUMBER

PENDAPAT USTAZ AZHAR IDRUS:
"Memang benar syiah tu ada yg kafir ada yang tidak kafir tetapi yg tidak kafir pula tidak lari dari tergolong dalam ahli bid'ah.

Contohnya azan, syiah yg tambah lafaz azan dengan kalimah Ali Rasul Allah adalah kafir manakala syiah yg hanya tambah dalam azan Ali Wali Allah adalah ahli bid'ah.

Banyak lagi contoh2 bid'ah yg ada dalam amalan orang syiah dan kita sedia maklum pesanan Nabi saw terhadap pelaku2 bid'ah.
wallahua'lam"

PENDAPAT TUAN GURU USTAZ HAJI ABDUL HADI AWANG

http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=19

Aku faham(cuma pemahaman peribadi dari penjelasan tersebut,mungkin juga kefahaman anda berbeza,jadi pastikan anda juga mendengarnya):

Dengar pada minit ke 8.40-9.35,Tuan Guru Haji Abdul Haji menyatakan golongan syiah yang menambah saidina Ali sebagai wali Allah didalam azan masih tidak kafir.Namun beliau tetap berpendirian hal ini adalah bercanggahan dalam Islam.Dan pendapat beliau ada kesamaannya dengan pendapat Ustaz Azhar Idrus iaitu berpendapat golongan yang menambah Sayyidina Ali sebagai wali Allah di dalam azan masih tidak kafir tetapi tetap dianggap ahli bidaah,dan ditambahkan lagi dengan menyatakan kita sedia maklum akan pesanan rasulullah terhadap ahli-ahli bidaah.Kefahaman aku akan hujjah Tuan Guru Haji Abdul Hadi pula pada minit ke 7.00-8.12 ialah masih terdapat satu cabang mazhab di dalam syiah sedang berusaha untuk menghampiri kepada perubahan yang cenderung kepada ahlu sunnah waljamaah,namun terdapat juga golongan syiah yang menentang akan kecenderungan ini.

dengar pula yang ini http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=18,

RUJUKAN LAIN:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-ajaran-syiah
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
Dr.Asri,Bekas Mufti Perlis http://drmaza.com/home/?p=1306

PENDAPAT DR.YUSOFF QARDAWI,PRESIDEN PERSATUAN ULAMA SEDUNIA

Aku faham(
cuma pemahaman peribadi dari penjelasan tersebut,mungkin juga kefahaman anda berbeza,jadi pastikan anda juga mendengarnya):

Dr.Yusoff Qardawi mengharapkan perpaduan antara puak sunni dan syiah.Dan tidak mahukan perpecahan.Namun,beliau berpendapat adalah tidak wajar untuk menyebarkan ajaran syiah kepada umat islam yang telah pun berfahaman sunni.Dan beliau berpendapat tidak wajar disebarkan ajaran syiah dimana bertempatnya majoriti puak sunni kerana dibimbangi wujud perselisihan faham dan persengketaan.Namun pada masa yang sama beliau masih menghormati golongan yang berfahaman syiah jika itu pilihan mereka dan beliau sama sekali tidak menentang mereka serta tidak mahu wujudkan persengketaan antara syiah dan sunni.

video


p/s-Sehingga ke saat ini,setakat ini sahaja(dari sumber-sumber yang ditemui)ilmu yang saya ada tentang syiah.Sesungguhnya siapalah diri saya untuk mentafsir siapa syiah.Tidak berani untuk mengeluarkan hukum sesuka hati kerana saya bukanlah ulama.Cuma memetik dari pendapat orang yang lebih alim(berilmu)akannya.

[+/-] Read More...

Related Posts with Thumbnails