Selasa, 7 Jun 2011

CITA-CITA,ANGAN-ANGAN KOSONG,ATAU REALITI.MEWUJUDKAN NEGARA 100% BERLANDASKAN AL-QURAN&HADITH

ARTIKEL INI CUMALAH PENDAPAT PERIBADI


CITA-CITA SAYA DAN HAKIKAT DAN YANG TELAH LAMA SAYA FAHAMI

Sebenarnya cita-cita bagi membentuk sebuah negara yang menegakkan syariat Islam 100% adalah cita-cita saya,harapan saya,kepada negara yang saya cintai ini.Namun,DARI DULU LAGI saya yakin ianya bukanlah semudah seperti yang disangkakan.Dari dulu lagi saya yakin, jika hari ini parti manapun yang berikrar ingin menegakkan alQuran&Hadith memerintah,adalah mustahil mereka mampu menegakkan sebuah negara yang mampu untuk melaksanakan syariat Allah 100% dalam jangka masa yang singkat.Adalah mustahil jika hari ini memerintah,esok undang-undang hudud terus dibawa berbincang,dan dalam masa beberapa bulan undang-undang hudud terus tertegak.Ianya suatu yang tidak masuk akal bagi saya.Maka pendekatan amatlah diperlukan bagi menjayakannya.

TIDAK PERNAH KECEWA DENGAN KENYATAAN PRESIDEN PAS

Sebab itu saya tidak pernah kecewa dan terkejut bila presiden PAS dalam muktamar PAS baru-baru ini menyatakan ingin memulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan terlebih dahulu.Sebab saya juga memahaminya,untuk menuju kearah perlaksanaan alquran&hadith secara total,ianya memerlukan beberapa perubahan utama terlebih dahulu.Dan perubahan ini pula mestilah melibatkan ciri-ciri di dalam Islam.

Dan bukankah apa yang dijelaskan oleh presiden PAS juga sebahagian dari ciri-ciri didalam Islam.Sesungguhnya cabaran untuk menegakkan negara berpandukan alQuran&Hadith 100% dalam sekelip mata adalah suatu angan-angan kosong sahaja.Sebab itu ia perlu untuk melalui peringkat,beberapa pendekatan,tempoh masa yang mungkin agak panjang,bahkan melibatkan juga kuasa sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi.

PERANAN ANDA SEBAGAI UMAT ISLAM

Setiap umat Islam mesti bercita-cita&ada rasa cinta yang menebal pada semua yang terkandung dalam alQuran&Hadith termasuk undang2 hudud.Malah sy berpendapat setiap pemimpin Islam mesti berusaha kearahnya walau apa cara sekalipun.Bukan membuangnya terus begitu sahaja.Bukan pula membencinya.Dan bukan pula menghina undang2 Allah ini.Sekurang-kurangnya bila ada rasa cinta&cita2 untuk menegakkan undang2 Allah,maka wujudlah suatu pendekatan kearahnya.

SEKADAR GAMBAR HIASAN,DIAMBIL DARI GOOGLE SEARCH

JAUH DI SUDUT HATI SAYA

Walau apa pendekatan sekalipun,harapan saya semoga negara kita akan mengembalikan alQuran dan hadith sepenuhnya tidak kira siapapun yang memerintah.PAS,UMNO,mahupun KEADILAN.Cita-cita saya semoga undang2 hudud tertegak juga kelak.Dan cita-cita saya semoga apa yang dijelaskan oleh presiden PAS baru-baru ini sebagai roda penggerak menuju kearahnya.Saya menyokongnya kerana cadangan tersebut adalah kearah baik pulih untuk mengembalikan kepada alQuran&Hadith.Walaupn sy yakin ianya memerlukan masa yang panjang,namun saya lebih memandang akan usaha kearahnya,dan jg hasil kearahnya,yakni mampu untuk lebih mendekati al-Quran&Hadith walaupun tidaklah secara mendadak.Bukannya membawa negara menuju kepada kemungkaran,kemaksiatan,dan makin menjauhi Islam.

KERAJAAN&PEMIMPIN ISLAM YANG BAIK PADA DEFINISI SAYA

Kerajaan&pemimpin Islam yang baik adalah kerajaan&pemimpin yang cuba untuk menegakkan keadilan,berusaha membersihkan negaranya daripada sesuatu yang dimurkai Allah,dan sentiasa membaik pulih negaranya yang mungkin telah rosak teruk supaya negaranya kembali kepada alQuran dan Hadith dari masa ke semasa,bukannya menambah-nambahkan lagi dengan sesuatu yang dimurkai Allah dan rasulnya di dalam pemerintahannya.Bukan pula merosakkan rakyat-rakyatnya supaya tidak mengerti lagi apa itu jihad disisi Islam,apa itu undang-undang Islam,dan banyak lagi tentang Islam.Sesungguhnya kerajaan&pemimpin Islam yang baik adalah kerajaan&pemimpin Islam yang mampu untuk mendidik rakyatnya untuk memahami Islam,dan juga kehendak Islam secara total.Bukan separuh-separuh.

p/s-orang yg tidak berkehendakkan pun untuk melihat negaranya kembali pada alQuran&Hadith adalah orang yang telah rosak imannya

2 KOMEN IKHLAS PEMBACA:

Kakzakie berkata...

Utk mendapatkan itu kakak rasa umat Islam kena diperbetulkan dulu. Pemimpin yg beragama Islam (tak kira ianya pemerintah sekarang atau pembangkang)juga harus menjadi tunjang bukan memperkotak-katikkan isu-isu Islam hanya kerana politik diri yg takut digugat.

Insya-Allah kalau kita boleh ikut berlandaskan al-quran & hadis tidak mustahil ia akan terlaksana. Amin...

DDrfauziah berkata...

Aslmkm.
Mempunyai hasrat & berusaha ke arah menegakkan Syariaat Islam dituntut dari setiap orang2 yang beriman. Ya kan?
Kita lakukan sedaya boleh untuk memperbaiki diri. Insya Allah akan menjadi ikutan & tauladan kepada ramai yang lain.
Bila majoriti pemimpin terdiri dari pemimpin Islam beriman dengan hati nurani murni, insya Allah akan hadir negara Islam yang sebenar.

Related Posts with Thumbnails