Selasa, 4 Januari 2011

TABLIGH

PERHATIAN!!Artikel kali ini memang sangat panjang,untuk memberi kefahaman kepada pembaca yang berkehendakkannya.Hanya orang yang benar-benar ingin tahu sahaja akan membacanya sampai habis.Hehe..Tahniah kepada yang sudi baca sampai habis.Hope jangan baca separuh,takut nanti salah faham pulak.


HARUS DIBERI PUJIAN

Jemaah tabligh pada pandangan aku mereka merupakan jemaah yang mahu mengajak umat Islam untuk datang ke masjid,dan belajar asas-asas didalam Islam.Menziarahi dari rumah ke rumah dan mengajak orang untuk datang ke masjid dan mendengar kuliah-kuliah agama adalah suatu yang mustahil boleh dilakukan oleh sesetengah orang.Mampukah kita untuk menahan kerenah pelbagai ragam manusia kerana untuk menegakkan agama Allah.Mampukah kita mengetuk pintu dari rumah ke rumah mengajak manusia untuk kemasjid?Jika kita tidak mampu jangan sesekali mempersoalkan tindakan mulia mereka ini.

SUMBANGAN DI DALAM ISLAM

Lihat sahaja pergerakan tabligh ini,mereka mampu memasuki ke celahan-celahan kampung kecil,sehingga ke bandar-bandar besar untuk menyebarkan agama Allah ke serata negeri dan negara.Tidak boleh disangkal kerana memang terdapat ramai umat Islam yang jahil akhirnya lebih mengenal Islam melalui gerakan jemaah tabligh.Sepertinya kisah oleh seorang alim agama kepadaku suatu ketika dahulu,iaitu jemaah tabligh yang pernah berjaya masuk ke negara rakyatnya bukanlah dari kalangan penganut agama Islam dan menyebarkan Islam disana.Dan berjaya mengislamkan sebilangan umat Islam disana.Sekurang-kurangnya mereka mampu,tapi kita belum tentu lagi.

Daripada tidak pandai solat sehinggalah jadi pandai,dari yang teruk kehidupannya sehinggalah lebih islamik caranya.Dari orang biasa sehinggalah menjadi seorang pendakwah.Malah gerakan mereka menyusuri masuk di rumah-rumah kebajikan orang kurang upaya dan membawa Islam.Ada kalangan OKU yang tidak pernah mengenal Islam secara menyeluruh,sungguh menyayat hati apabila ada dari kalangn yang bisu yang tidak sampai sepenuhnya dakwah islam kepadanya sehinggakan mereka menganggap Allah itu lelaki.Itulah luahan pengalaman oleh seorang tabligh yang aku baca di dalam sebuah blognya suatu ketika dahulu.

SEKADAR GAMBAR HIASAN,DIAMBIL DARI GOOGLE IMAGE

SEDIKIT BERBEZA PENDAPAT

Pernah aku berbual dengan seorang jemaah tabligh yang mana menurut ahli-ahlinya yang lain beliau merupakan seorang profesor di sebuah ipt.Percakapannya cukup lantang,namun sebagai orang muda yang kurang ilmu aku cuma mendengar sahaja dan tidak berminat untuk menentang hujjahnya.Menurutnya soal dakwah ini cukuplah memadai kita mengajak orang pergi masjid sahaja.Kerana jika orang telah berjaya pergi masjid dan solat,maka peribadinya akan berubah kepada kebaikkan.

Antara contoh yang dia berikan adalah jika ternampak pasangan yang membuat maksiat,tiada gunanya kita marah mereka,tidak gunanya gertak mereka,ataupun menangkap mereka.Sebaiknya kita ajak mereka ke masjid untuk solat.Dan dia juga berpendapat perjuangan Islam melalui politik tidak akan membuahkan hasil jika dibandingkan dengan keluar berdakwah dari rumah ke rumah ajak orang solat 5waktu.Mungkin itu pendapat peribadinya,bukan mewakili jemaah tabligh,aku pun tidak pasti.

Tapi aku masih berpendapat amal ma'ruh nahi mungkar mestilah seiring.Dan aku juga berpendapat perjuangan Islam melalui politik juga adalah suatu kepentingan dalam Islam.Kerana melalui politik jugalah kita mampu membina empayar islam yang berkuasa,mempromosikan islam melalui pelbagai program,memperkasa pendidikan islam kepada anak-anak Islam,membetulkan apa yang salah dan apa yang kurang,serta banyak perkara lagi yang tidak mampu dilakukan oleh badan-badan yang tidak mempunyai kuasa memerintah.

MEMBINA RUMAH PERLUKAN PELBAGAI ALAT PERTUKANGAN

Seperti juga membina rumah,kita memerlukan gergaji,tungkul,pahat,dan pelbagai lagi peralatan,maka samalah juga dengan Islam.Jadi samalah juga dalam konteks untuk memperkasakan Islam,perjuangan Islam tidak boleh hanya tertumpu kepada politik semata-mata,tidak boleh hanya tertumpu pada dakwah dari rumah ke rumah semata-mata,tidak boleh hanya tertumpu pada kuliah-kuliah agama di masjid semata-mata.Tapi ianya memerlukan gabungan dari kesemuanya.

Janganlah kita menafikan antara satu sama lain.Ianya akan bertambah teguh jika setiap kelompok dari jemaah yang berbeza memahami prinsip ini tampa mempertikaikan antara satu sama lain.Dan ia akan bertambah baik jika sama-sama masing menyokong antara satu sama lain.Tidak perlu memilih bulu,apabila tiba giliran ceramah golongan tabligh,ahli-ahli masjid yang biasa mendengar ceramah ustaz-ustaz lain akan meninggalkan kuliah ilmu yang dilakukan oleh jemaah tabligh(berdasarkan pengalaman ditempatku).Mengapa kita tidak mahu mendengarnya,sedangkan mereka menceritakan tentang sirah rasulullah s.a.w,ingatan kepada melakukan amal-amal yang baik dan peringatan supaya meninggalkan perkara maksiat.

Samalah juga sebaliknya,jika jemaah tabligh datang tinggal dimasjid,dan ada kuliah agama yang mana bukanlah dari kalangan guru mereka,maka apalah salahnya jika sama-sama duduk bersila mendegar akan nasihat dan ilmu yang disampaikan.Kerana pernah berlaku satu kes dimana bila ustaz lain mengajar di dalam masjid,ada jemaah dari kelompok tertentu tidak bersama dengan mereka.Berada di luar masjid dan melakukan kerja-kerja lain.Hanya apabila guru mereka ceramah sahaja baru mereka masuk.Hal ini sememangnya tidak patut kerana tiada wujud keterbukaan dalam memahami antara satu sama lain.Dan tiadanya wujud bersatu antara satu sama lain.

5 KOMEN IKHLAS PEMBACA:

Afida Anuar berkata...

Salam Syah...

Akak rasa, dia menitik beratkan basic... bila basic dah kukuh, insyaAllah yang lain-lain semua pun akan kukuh. Dan bagi orang lelaki solat 5 waktu di masjid adalah basic yang harus diberati.

hairan juga dengan sesetengah orang, bila datang je tabligh ke rumah, nak ajak ke masjid, diaorang menyorok lari masuk ke dalam rumah...tak nak jumpa tabligh2 ni. Padahal, nak ajak ke masjid je.. Tapi jika ada member ajak lepak ke, ajak keluar tengok wayang ke..laju je...

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Jemaah Tabligh
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas (sebagai tambahan)


Jemaah Tabligh ("Kelompok Penyampai") (Bahasa Arab: جماعة التبليغ , juga disebut Tabligh) adalah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang kaffah. Aktiviti mereka tidak terbatas pada satu golongan Islam saja. Kepada yang bukan Islam diajak kepada mengenal Allah dengan menerangkan bahawa Tuhan adalah Satu, Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah , Tujuan utama gerakan ini adalah untuk menerapkan kalimah iman Lailahailallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam diri dan kehidupan setiap muslim. Jemaah Tabligh merupakan gerakan non-politik terbesar di seluruh dunia.


Sejarah Tabligh

Jemaah Tabligh ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Ilham untuk mengabdikan hidupnya kepada Islam terjadi ketika Maulana Ilyas mengerjakan ibadat Haji pada tahun 1926.[3]Maulana Ilyas mencipta slogan, ‘Aye Musalmano! Musalman bano’ (dalam bahasa Urdu), yang beerti 'Wahai umat muslim! Jadilah muslim yang kaffah (menunaikan semua rukun dan syari'ah seperti yang disuruh Rasulullah)'. Tabligh bukan merupakan sebuah kelompok atau ikatan, tetapi adalah gerakan muslim untuk menjadi muslim yang menjalankan agamanya, dan hanya satu-satunya gerakan Islam yang tidak memandang asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya.

Dalam waktu lebih kurang dua dekad, Jemaah Tabligh berjaya disebarkan di Asia Selatan. Dengan dipimpin oleh Maulana Yusuf, anak Maulana Ilyas sebagai amir (pemimpin) yang kedua, gerakan ini mula mengembangkan kegiatannya pada tahun 1946, dan dalam jangka masa 20 tahun, penyebarannya telah sampai ke Asia Barat Daya dan Asia Tenggara, Afrika, Eropah dan Amerika Utara. Sekali terbentuk dalam suatu negara, Jemaah Tablgih mula membaur dalam masyarakat tempatan. Meskipun negara barat pertama yang dipengaruhi Tabligh ialah Amerika Syarikat, tetapi fokus utama mereka adalah di Britain, mengacu kepada populasi padat orang Asia Selatan disana yang tiba pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Jemaah ini menerangkan bahawa mereka tidak menerima sumbangan dana dari mana pihak pun untuk menjalankan aktivitinya. Biayanya ditanggung sendiri oleh anggota Tabligh.

Pada tahun 1978, Liga Muslim Dunia membiayai pembangunan Masjid Tabligh di Dewsbury, United Kingdom, yang kemudian menjadi markas utama Jemaah Tabligh di Eropah. Pemimpin mereka disebut Amir, Zamidaar atau Zumindaar.

syahbandar87 berkata...

ahmad humairi-terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu itu..sekurang2nya lebih bertambah pengetahuan sy ttng jemaah tabligh
:)

syahbandar87 berkata...

afida anuar-ya,mereka mmg menitik beratkan basic..malah sy juga amat menyokong baik akan usaha2 dakwah mereka ini.bkn senang nk keluar berdakwah dr rumah ke rumah..hanya yang benar2 ikhlas shja mampu melakukannya..

pada masa yang sama sy tetap berpendapat amal maa'ruf nahi mungkin tetap kena seiring di dlm perjuangan.dan juga pembelajaran ilmu2 islam juga mesti lah seiring,tidak hanya tertumpu pada sirah semata-mata..tp harus dipelajari semua aspek samada sirah,hadith,fiqah,alquran,muamalatdan segala-galanya yg wajib dipelajari.malah perjuangn islam melalui politik jg suatu kepentingn yg besar di dlm islam bg sy.

Muayd berkata...

assalamu'alaikum, buah fikiran yang menarik.

satu perkongsian, beberapa laporan jemaah ini juga boleh berkunjung sebentar ke http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails