Khamis, 6 Januari 2011

REZEKI HARAM YANG DISANGKAKAN HALAL

Boleh dikatakan ramai juga kalangan kita tidak sedar,ataupun jahil,ataupun jadi buta bila melibatkan sesuatu perniagaan,ataupun pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang cepat dan berganda dengan mudah.Ayah haji,pak lebai,golongan terpelajar dan bekerjaya tidak terkecuali untuk terlibat dengan duit-duit haram ini.Mungkin mereka tidak pergi berjudi di Genting,ataupun mereka juga bukan lah Along ceti haram,perompak di bank atau seumpama dengannya.Tapi ada kalangan kita ramai yang makan riba.

Tahukah anda dosa makan riba lebih teruk dari dosa makan babi,lebih teruk dari dosa berzina dengan jiran sebelah rumah,lebih teruk dari dosa meneguk arak berbotol-botol,malah kita ibarat mengisytiharkan perang dengan Allah apabila kita memakan riba.Riba bukanlah perkara yang kecil didalam Islam.Jadi jika demikian kenapa kita terlalu cepat lega dan telah berasa beriman apabila kita bukanlah seorang pelacur,bukan seorang kaki botol,bukan penggemar daging babi,tapi sedangkan kita masih makan riba.

JANGAN BERSIKAP TIDAK MAHU AMBIL PEDULI

Dalam kebanyakkan artikal aku sebelumnya,selalu aku ingatkan wajib belajar agama.Umat Islam yang tidak ambil tahu soal agamanya termasuk dari kalangan yang fasik.Malah risiko yang lebih besar bagi orang yang jahil adalah syirik kepada Allah.Kita sedia maklum kesan syirik kepada Allah,yakni kekal selama-lamanya didalam neraka tampa pengampunan jika tidak sempat bertaubat semasa hidup.Berkenaan riba,anda tidak boleh katakan anda tidak tahu sesuatu perkara itu adalah riba,kerana dimana-mana sahaja terdapat majlis ilmu,dimana-mana sahaja terdapat ustaz yang boleh anda ajukan soalan,di internet betapa banyaknya lambakan ilmu-ilmu agama(pastikan pilih dengan betul),malah buku-buku muamalat juga banyak dijual disamping banyak dijelaskan didalam rancangan agama ditelevision.Sebab itulah agama Islam itu wajib didalami,berdosa besar bagi sesiapa yang hidupnya hanya lah cari rezeki semata-mata dengan mengekalkan kejahilan dalam dirinya tampa mencari agama.

DARI SUMBER INTERNET UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN TAMBAHAN

Untuk memudahkan pembaca,aku turut sediakan beberapa link yang boleh dijadikan rujukkan.Setiap kali aku menyediakan sumber dari internet,aku akan pastikan sumbernya dari laman web yang aku percayai seperti orang yang benar-benar berilmu,laman web beberapa ustaz yang sememangnya diakui miliknya dan juga laman web jabatan agama islam dari mana-mana negeri pun.

1.PELABURAN PROJEK PENTERNAKAN,DAN LAIN-LAIN PELABURAN PERLU DISEMAK TERLEBIH DAHULU KAEDAH PELABURAN DAN STATUSNYA DISISI ISLAM SEBELUM MENYERTAINYA.

http://wacanailmuan.blogspot.com/2009/12/pelaburan-ikan-keli-2.html
http://wacanailmuan.blogspot.com/2009/12/pelaburan-ikan-keli-3.html

(Rumusan ini adalah kefahaman aku sahaja,baca sepenuhnya bagi mendapatkan kefahaman yang lebih jelas)
Rumusan aku dari penjelasan beliau adalah sebarang pelaburan mestilah jelas materialnya.Contohnya jika ingin melabur ikan,anda mesti boleh melihat yang mana satu ikan milik anda yang anda laburkan,dan juga jika pelaburan tersebut memerlukan untuk anda membayar harga barang seperti pukat,anda mesti boleh melihat yang mana satu pukat milik anda.Dan juga kadar keuntungan tidak boleh tetap.Contohnya pemilik tidak boleh menjanjikan keuntungan tetap seperti setiap 3bulan anda mesti akan dapat RM300.Hal ini termasuk dalam katagori riba.Cara Islam adalah keuntungan tidak boleh ditetapkan,mesti bergantung kepada keuntungan bulanan syarikat.Contohnya jika bulan januari untung RM1000,dan perkongsiannya 10%,maka pelabur akan dapat untung RM100.Jika bulan depan untung RM2000,pelabur 10% akan dapat untung RM200.Maksud saya adalah,pengagihan ganjaran kepada pelabur berubah-ubah,mengikut kadar keuntungan syarikat.

2.FATWA JAKIM

Berhubung pendapat keuntungan tetap seperti yang dijelaskan diatas adalah riba dan haram,ianya disokong oleh fatwa JAKIM yang menyatakan sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap adalah termasuk dalam riba dan gharar.Anda boleh merujuknya disini
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaburan-ke-atas-syarikat-swiss-cash-mutual-fund

3.PENDAPAT USTAZ ZAHARUDDIN(Pakar Muamalat Islam)BERHUBUNG LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100 YANG DIGILAI RAMAI PEMILIK AKAUN FACEBOOK

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline--login-facebook-dapat-rm100.html#comments

(Rumusan ini adalah kefahaman aku sahaja,baca sepenuhnya bagi mendapatkan kefahaman yang lebih jelas)
Konsep keuntungan melalui login Facebook dapat untung yang lumayan adalah haram disisi Islam kerana jelas mempunyai unsur-unsur gharar.Malah apa sahaja perniagaan perlulah jelas.Contohnya jika menjalankan suatu perniagaan,peserta yang menyertinya mestilah cenderung pada kualiti barang.Namun bagi kebanyakkan skim untung cepat berganda,kebanyakkan yang menyertainya adalah kerana mereka teruja akan permainan sistem gandaan wangnya,dan bukanlah produknya.Malah adakalanya produk tersebut bukan lah berkualiti,ianya cumalah menjadi sandaran sahaja untuk menampakkan adanya produk didalam urusniaga mereka.Yang mana hakikatnya mereka sedang seronok dengan sistemnya,yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dengan mencari ahli baru samada konseps upline ataupun downline.Gabungan dari sebab-sebab ini dan pelbagai lagi sebab-sebab lain termasuk unsur gharar,maka ianya adalah termasuk dalam katagori riba dan juga judi.Oleh itu menurut beliau,umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai sistem sebegini.

4.LAIN-LAIN

Ini belum lagi termasuk bagi kes duit pelaburan di dalam asb(anda boleh rujuk disini dan disini akan statusnya),MLM dan ciri-ciri yang mensabitkan haramnya sesuatu MLM(rujuk disini dan juga disini)pekerjaan di tempat-tempat yang mengenakan cas denda lewat bayar seperti di bank-bank tertentu yang tidak mengikut cara Islam,penggunaan kad kredit melebihi tempoh sehingga dikenakan kenaikkan cas,insuran-insuran tertentu yang tidak menepati piawaian Islam,dan pelbagai lagi.Sebagai orang Islam anda wajib ambil tahu.Kerana kesemua yang dijelaskan diatas ada risiko untuk terjebak dengan riba dan judi.

p/s-apabila ulama cakap makan riba masuk neraka,hal ini bukan lah bermakna mereka yang menentukan syurga neraka seseorang,tapi mereka cuma memberitahu apa yang Allah ingatkan kepada umat manusia.maka sama-samalah kita ingat mengingati

4 KOMEN IKHLAS PEMBACA:

zulkbo berkata...

Salam Syah..
terima kasih perkongsian dan nasihat anda..amat di hargai..sedih sistem ekonomi kita lebih menjurus ke sistem kapitalis..bagaimana dengan perbankkan islam?adakah benar2 islam seperti zaman rasulullah dahulu? Di sini kita perlu teliti juga..kerana golongan kafir juga yang mengwacanakan perbankkan islam di Malaysia..wallahualam..

syahbandar87 berkata...

wassalam..

masalah bank islam yg diwancanakn oleh bkn islam itu tidak menjadi masalah.Contohnya jika pasaraya yg bkn milik islam tp menjual barangn halal,adakah haram untuk kita membelinya?ataupun sebuah restoren yg milik bkn islam seperti kfc dll lg,tp masih mematuhi cara islam spt membeli haiwan yg disembelih,disahkn halal penggunaan makanannya,dan jg ada umt islam yg mengurusknnya,adakah ia masih haram?tentu sekali tidak bukan..jd samalah jg soal bank dari syarikat bkn islam,tp mewujudkn sistem islam melalui mewujudkn beberapa unit pakar muamalat islam yg dikendalikn oleh umat islam,dan dipantau oleh jabatan agama yg berwajib,maka adakah ia boleh dianggap masih haram?tentu sekali tidak..

berhubung bank cara islam,berdasarkan maklumat yg sy tahu kebanyakkan bank2 islam menyediakan pakar muamalat islam disetiap banknya bagi membentuk satu sistem perbankan islam.malah mereka ada jg mengadakan kursus dan seminar kpd staf2 yg berkaitan bersama pakar muamalat islam berhubung cara menguruskan kewangan islam bagi sesetengah bank yang giat menjalankan cara islam.malah telah dikeluarkan beberapa senarai rasmi bagi bank2 yang mematuhi cara islam yang telah diiktirafkan(ada dikeluarkn dlm satu siaran berhubung muamalat islam di tv1 tahun lps).

hal yg tuan persoalkn berhubung dakwaan terhadap bank islam,ianya masih menjadi tanda tanya kerana teralalu bnyk kesamaran dakwaan tersebut dan persoalan krna tiada berbukti secara jelas.jika benar,maka kena mesti ada perbentangkan kertas kerjanya yg bertulis dan terpeinci kenapa ianya adalah tidak betul,sepertimana penjelasan ustaz zaharuddin yg rapi dan jelas akan beberapa MLM yg dianggp haram untuk disertai,dan juga beberapa penjelasan yg panjang lebar besertakan bukti akan sesuatu hal yg dibangkitkan dan dinyatakan haram,malah orng yg mendedahkn juga(beliau) bukanlah calang2 orng didlm dunia kewangn islam di malaysia.jadi dakwaan ttng bank islam tak betul memerlukan bukti seperti yg dilakukan oleh beliau terlebih dahulu.jika hanya ckp2 kosong shja maka ia tidak memadai.


wallahua'lam

acai™ berkata...

Salam tuan.
Adakah situasi ini juga dipanggil riba?
*Dlm satu komuniti,apabila sesorang itu gagal membayar yuran maintenance,pihak pengurusan mengenakan cas 5% sebulan sbgai denda lewat.

mohon pencerahan.terima kasih

pecinta_Islam berkata...

kalau cas untuk pengajaran x apa.spya x mereka melakukan kesilapan sama.Tp ulama berpendpt cas yg dikenakan tersebut perlulah digunakan untuk keperluan dan manfaat awam.bkn diambil untuk mengaut keuntungan syarikat tersebut.Sekiranya dia mengenakan cas yg berganda tidak lbh kerana untuk mendapatkan keuntungan lbh terhadap pelanggangnya,mcm along,maka itu riba.wallahua'lam

Related Posts with Thumbnails