KENAPA SEBILANGAN YANG BERILMU AGAMA MENUTUP MULUT,DAN DIMANA JABATAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK TAMPIL BERI PENJELASAN
Aku cuma terfikir,apa yang sampai kepada umat Islam hari ini samada dari media mahupun disekolah harian biasa seakan-akan tidak lengkap tentang Islam.Sedangkan umat Islam sedang membesar dengan penuh cabaran diakhir zaman.Kenapa sistem pembelajaran disekolah tidak diberi kefahaman akan undang-undang islam,kenapa program-program agama di dalam radio mahupun televisyen tidak membincangkan tentang tajuk yang berkaitan dengan undang-undang cara Islam.Kenapa tiada forum kearahnya.
Kenapa dikaca televisyen tidak pernah menyentuh tentang kewajiban hukuman hudud.Kenapa di dalam media cetak seperti akhbar bahagian agama tidak menjelaskan akan kewajiban dan pengetahuan tentang undang-undang cara Islam ini.Kenapa tidak diadakan perbincangan terbuka secara ilmiah tentang undang-undang cara Islam.
KESAN TIDAK DIBERIKAN PUBLISITI TERHADAP UNDANG-UNDANG HUDUD
Disebabkan publisiti kearahnya tidak meluas,lihatlah kesannya hari ini.Ada yang tidak tahu lansung ianya wujud di dalam Islam.Ada tersalah faham tentang undang-undang Islam,malah lebih teruk dari itu ada yang menghina dan yang menganggap undang-undang Islam suatu kezaliman,dan beranggapan undang-undang yang sedia ada sekarang jauh lebih mulia dan bertamadun dari apa yang Allah perintahkan.Sedangkan perbuatan seumpaman ini boleh menyebabkan mereka kufur kepada Allah,yakni boleh membatalkan keahliannya sebagai seorang Islam(jadi kafir)kerana menghina perintah Allah.Jika ianya memberi kesan yang amat besar kepada seseorang yang menolak dan menentang sistem islam,kenapa ianya tidak dijelaskan akannya,kewajibannya,dan hikmah disebalik hukuman cara Islam?
Mungkin ramai memahami akan kewajiban menutup aurat,kewajiban solat,kewajiban menjalinkan silatulrahim sesama jiran tetangga,dan juga kewajiban menunaikan haji,tapi masih ramai yang meragui akan kewajiban memilih sistem perundangan Islam.Samada dari segi undang-undang hudud,perbankan,jual beli dan segala-galanya.
Malah menyokong sistem selain dari apa yang Allah tetapkan boleh mendatang syirik kepada Allah.Kita sedia maklum akan dosa perbuatan syirik.Dicampakkan "selama-lamanya" di dalam neraka tampa pengampunan dari Allah.Itu yang dijanjikan Allah kepada golongan yang berbuat syirik kepadaNya.
Aku tinggalkan kepada pembaca akan rakaman video klip dari seorang ulama antarabangsa yang tidak asing lagi bagi pecinta ilmu .Sama-sama lah kita renung-runungkan akan hujjahnya.
p/s-islam bukan hanya solat,tidak makan babi dan tidak meneguk arak semata-mata..



4 KOMEN IKHLAS PEMBACA:
Assalamualaikum Syah
Antara ulamak yg masuk awal ke neraka kerana merahsiakan ilmunya
Wassalam
Sebab silibus pengajian agama samada di sekolah, di rumah, surau2, kelas pengajian al quran pn x penah menekan kan kewajiban menerima hudud.
sedangkan penutupan aurat pn ada yg pertikaikan, inikan pula hukum hudud.
walahua'lam..
terukkk!!!! isk isk. apa nak jadi ngan ulamak dan pemimpin.
Assalamualaikum
saya suka dengan 'islam bukan hanya solat,tidak makan babi dan tidak meneguk arak semata-mata..'
tapi sedar atau tidak, ramai yang alpa dengan hal ni.Kita mungkin tidak terkecuali.
btw, thanks for sharing a very nice entry. :)
Catat Ulasan