Selasa, 21 Disember 2010

FAHAMAN SYIAH MENULAR,SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH PERLU DIMANTAPKAN

Terbaru,serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap kumpulan ajaran Syiah di markas kumpulan itu dalam satu operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, Selangor,dan berjaya menahan seramai 128orang.

Memetik pendapat Mufti Perlis,Dr Juanda Jaya berhubung serbuan tersebut:

“Mereka yang mudah terpengaruh ini disebabkan jahil kerana tidak diajarkan bahawa Islam ikut apa dalam al-Quran dan hadis. Jika mereka tahu al-Quran dan hadis yang maksum, sukar untuk terima hujah orang lain. "

Selain itu,kesesatan demi kesesatan nampaknya bebas menular termasuk lah fahaman-fahaman islam liberal,dan juga islam plural(klik).Tidak cukup dengan itu ditambahkan pula dengan ikutan pemuda pemudi dengan freemason.Dan pelbagai lagi.
Jadi ada asasnya kenapa pihak kerajaan harus memikirkan bagaimana caranya untuk mengukuhkan akidah umat islam di negara Malaysia terutamannya dari kalangan yang jahil.Antara asasnya adalah memantapkan lagi silibus subjek pendidikan islam di peringkat sekolah.Termasuk juga melaksanakan subjek pendidikan Islam sebagai wajib lulus SPM.Jika untuk subjek Sejarah kerajaan nampaknya cenderung kearah releven untuk berbuat demikian,kenapa tidak untuk subjek pendidikan Islam.Pernah saya tulis disini.

Jika usaha memantapkan lagi subjek pendidikan Islam tidak dipandang serius dan lain-lain usaha untuk memperkasakan Islam tidak digerakkan,tidak mustahil kesesatan demi kesesatan akan hebat bermaharajalela kelak,dan juga tidak mustahil akan meningkat dari masa ke semasa jumlah umat Islam yang murtad,dan gejala-gejala sosial juga akan jadi perkasa di bumi Malaysia.

Dan mungkin pada tahun 2020 negara kita telah mencapai wawasan Tun Dr.Mahathir iaitu wawasan 2020,namun waktu itu telah ramai umat Islam termasuklah cerdik pandai seperti doktor,pensyarah,profesor,saintis dan ahli politik telah jauh terpesong akidahnya.Semua ini tidak mustahil terjadi jika kita pada hari ini mula memandang remeh perihal pendidikan Islam.Samada oleh ibubapa,pemimpin,mahupun diri sendiri.Percayalah,mencegah lebih baik dari mengubati.


penulis menggalakkkan pembaca membaca juga artikel yang lepas,mungkin bermanfaat.Klik pada ruangan paling bawah di "Catatan Lama"

14 KOMEN IKHLAS PEMBACA:

Rozali berkata...

Assalamualaikum Syahbandar

moga Malaysia akan diperintah oleh orang2 yg berkehendakan Islam

Wassalam

Pei Pan berkata...

Melihat tajuk, saya kira seperti bersifat negatif dengan perkataan "menular". Adakah fahaman Syiah ini salah? Saya tidak fikir begitu.

"tidak mustahil kesesatan demi kesesatan akan hebat bermaharajalela kelak" - Saya cuma ingin kepastian adakah ayat ini di tujukan kepada ajaran Syiah.

Pei Pan berkata...

Saya ada terbaca bahawa Imam Shafei itu Syiah [melalui syairnya].

Jika ada ilmu mengenainya [yang Imam Shafei ini Syiah] boleh jelaskan?

syahbandar87 berkata...

pei pan-untuk masa sekarang tidak mungkin sy akan mempercayainya kerana sy masih belum membacanya,malah ianya cuma datang dari sebuah buku yg sy sendiri tidak tahu siapa penulisnya dan latar belakang ilmunya pengetahuan ttng Islam..

bwt masa skrng bg diri sy,msh tidak pernah satu ulama pun yang sy prnh terdengar,dan tiada prnh dngr lagi melalui kuliah2 agama,samada di masjid/surau/tv/mp3/buku yg pernah sy ikuti yang menyatakan imam syafie adalah syiah..maka saya tidak mahu berpendapat tentangnya sehinggalah sy merujuk pendpt dari alim agama akannya untuk mendapat kepastian..wallahua'lam

syahbandar87 berkata...

kesesatan demi kesesatan itu merujuk kepada segala aspek yg menyesatkan yg ada sekarang tidak kiralah samada masalah sosial,bidaah yg tak sepatutnya,kepercayaan sesat yg bertentangan dngn islam dan seumpama dngn nya

ahsfantasy24 berkata...

Saya tengok macam kamu nei seorang
blogger yang peramah..

ad ssuatu yg ssuai tu kamu, jom kte
g tgk kt:

http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

Tahniah, kamu seorang yang peramah!

(:
:)
(:
:)

syahbandar87 berkata...

pei pan-memetik dari pendapat ustaz azhar idrus:

"Memang benar syiah tu ada yg kafir ada yang tidak kafir tetapi yg tidak kafir pula tidak lari dari tergolong dalam ahli bid'ah.

Contohnya azan, syiah yg tambah lafaz azan dengan kalimah Ali Rasul Allah adalah kafir manakala syiah yg hanya tambah dalam azan Ali Wali Allah adalah ahli bid'ah.

Banyak lagi contoh2 bid'ah yg ada dalam amalan orang syiah dan kita sedia maklum pesanan Nabi saw terhadap pelaku2 bid'ah.

wallahua'lam"
********************

antara rujukkan lain termasuklah

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-ajaran-syiah


http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

sesungguhnya siapalah sy untuk mentafsir secara peribadi akan syiah sdngkan sy krng ilmu agama.selebihnya hanya Allah yg maha mengetahui siapa syiah disisiNya.wallahua'lam

Pei Pan berkata...

http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/berikan-sahaja-hak-hak-mereka-sebagai.html, baca sekali bahagian komennya.

Ada sesuatu di situ.

1) Perihal Imam Shafei [yang di katakan Syiah]

2) "Fawta" yang di kemukan oleh ulama [ al-Hafiz] yang di katakan "salah".

3) Ada juga pandangan dari pengamal Syiah di ruang komen tersebut. Kita perlu menelitinya.


Saya melihat kita di dombrakkan dengan mengatakan Syaih itu "sesat" namun di Malaysia pengikut Syiah sudah banyak. Kita juga mengiktiraf Republik Islam Iran sebagai "kawan antara negara".

Kita seolah-olah mempertikaian pula Syiah sebagai sebahagian salah daripada cabangan Islam kerana kita Sunni dan mereka Syiah.

Pei Pan berkata...

Kenyataan Imam Shafei adalah "Syiah" benar-benar boleh mengelirukan orang yang tidak cukup ilmu [seperti saya] dan mungkin orang lain.

Haih....

syahbandar87 berkata...

kita sedia maklum dia pernah didakwa syiah.namun bagi sy soal siapa dirinya wallahua'lam.krna sy tidak prnh mengkaji akan tulisan2nya secara terpeinci samada dia bnr2 syiah atau sebaliknya.hanya dirinya dngn Allah shja yg mengetahuinya.

namun apa yg sy dngr dr kebnykkan alim agama dlm beberapa siri kuliah agama yg sy ikuti begitulah..sprt pndpt ustaz azhar idrus..sy krng jg ilmu akan syiah,insyaAllah akan sy mencari lagi jawaban kpd persoalan ini lagi.ada baiknya jg jika berkesempatan tuan mntk pndpt alim agama yg berdekatan untuk memberi kefahaman yg lbh ttngnya.krna brtnya orng awam bknlah penyelesain yg terbaik dlm soal akidah islam
*****************************

berhubung penyebaran fahaman syiah sy berpendapat(mungkin sy salah dan sy bersedia menerima pndpt yg releven yg dtng dr alim agama jika sy bertentangan):

adalah baik juga jika kita mengawal fahaman ini.namun kalau dh ada yg telah lama berpegang pd fahaman syiah di Malaysia nk buat macam mana kan sbb mereka dh berfahaman syiah sejak dr kecil lagi..tak kn nak hapuskan mereka.tp ada baiknya mengekalkan fahaman ahlu sunnah waljamaah di Malaysia..maksud sy adalah tidak membenarkan penyebaran ajaran syiah kepada umat islam yg telah pun ada pegangannya,iaitu ahlu sunnah waljaah.jika benar puak syiah di malaysia menganggap ajaran ahlu sunnah adalah benar jg,maka adalah baik jg mereka tidak mengajak umat islam berfahaman sunni untuk masuk syiah.tp untuk dirinya yg sememangnya syiah,kita x leh paksa mereka.cuma kalau boleh kita x nk mereka menyebarkan fahaman syiah dikalangan umat islam sunni.sanggupkah kita tngk pada hari ini ramai umat islam ahlu sunnah beralih arah kpd ajaran syiah kelak?sanggp ke kita melihat kelak puak syiah lbh rmi dr sunni di Malausia.Dan sanggup kah kita memulakan sesi pembelajaran br islam dngn melakukan perubahan besar dlm hal2 fiqah 4mazhab yg kita ikuti selama ini,perubahan undang2 islam,perubahan cara beribadat,dan cara berfahaman,ttng para sahabat,solat,puasa,haji,dan jg ttng bnyk perkara lg.semestunya bnyk perubahan hasil dari sentuhan baru fahaman syiah..mungkn kita akan melihat anak cucu kita berbeza caranya dlm dalam melaksanakan cara Islam.jika kita snggp ianya disebarkan,maka kita sangguplah jika anak kita belajar ajaran syiah dan menganut ajaran syiah.bkn kah begitu..

sy berpendapat,dalam suasana Malaysia skrng.adalah lbh baik kita(bg yg telah lama berpegang pd ahlu sunnah waljamaah)berpegang pd ahlu sunnah waljaamah shja..dan berharap jg muga ia tidak dikembangkan untuk umat islam sunni di malaysia

syahbandar87 berkata...

alhamdulillah..dalam menambahkan kefahaman sy tentang isu ini..br shja sy menemui pndpt dr.yusoff qardawi iaitu presiden kesatuan ulama sedunia berhubung hal yg mirip dngn isu di tmpt kita ini..

alhamdulillah apa yg sy luahkan pada komen sebelumnya masih tidak bercanggahan lagi dngn pndpt dr.yusoff qardawi.dan andai kata sekiranya bercanggahan pun,sy bersedia untuk memperbetulkan kesalahan sy ini.

menurut pndpt dr.yusoff qardawi jg sama.beliau tidak membenarkan fahaman syiah merebak di negerinya kerana semestinya boleh mendatangkan persengketaan dan juga kekeliruan..namun jelas beliau tidak pernah menentang puak syiah yang berfahaman syiah.beliau menghormati jika itu pilihan mereka.namun pd masa yg sama beliau jg melarang penyebaran fahaman syiah ini ditempat yang mana bertempatnya ramai puak2 sunni..


tuan boleh rujuk pendpatnya disini

http://www.youtube.com/watch?v=152vSPhpGX8&feature=related

dan jika lihat di malaysia,melalui sistem pembelajaran disekolah,pondok2,kuliah2 agama di masjid mahupun surau,khutbah2 jumaat,forum2 agama di tv,mahupun radio,fatwa2,dan juga majlis2 agama jelas menunjukkan secara umumnya majoriti umat islam di Malaysia adalah berfahaman sunni.Maka dngn penjelasan dr.yusoff qardawi itu mengukuhkan lagi hujjah sy sblmnya iaitu tidak wajarlah ajaran syiah dikembangkan diMalaysia.jika ada sebilangn kecil yg berfahaman syiah di malaysia,ckp lah sekadar dirinya shja berfahaman sedemikian.

syahbandar87 berkata...

ahsfantasy24-terima kasih saudari..saya amat2 menghargainya..salam persahabatn dari sy..muga silatulrahim sesama kita mendatangkan manfaat hendaknya.insyaAllah
:)

syahbandar87 berkata...

maksud kenyataan sy diatas itu merujuk kpd faisal tehrani..

"kita sedia maklum dia pernah didakwa syiah.namun bagi sy soal siapa dirinya wallahua'lam.krna sy tidak prnh mengkaji akan tulisan2nya secara terpeinci samada dia bnr2 syiah atau sebaliknya.hanya dirinya dngn Allah shja yg mengetahuinya."

syahbandar87 berkata...

Pei Pan-Menjawab berhubung imam syafie didakwa syiah

sumber dr kuliah agama tuan guru haji hadi,,

"imam syafie dengan tegas menyatakan dlm syairnya yg berbunyi kalau sekiranya mazhab rafidi kasih kepada keluarga rasulullah,maka aku menganut mazhab rafidi."

dan ulasan dari tuan guru ustaz abdu hadi menyatakan tapi maksud syair tu bkn lah bermakna iman syafie seorang rafidi(ajaran rafidah@ajaran yg enggan kpd syariat),tp beliau merupakan seorang yg kasih kpd ahlu bait.kasih kpd ahlu bait lain,dan rafidi itu hal yg lain..

jelas lah disini syair tersebut mempunyai maksud yg tersirat yg semestinya sukar untuk orng biasa seperti kita untuk memahaminya jika tidak merujuk pandangan dan hujjah dari ramai alim ulama

download disini
http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=18,

cuba dngr dngn jelas dan hayatinya pada minit ke 24.30 sampai habis..amat jelas menyatakan imam syafie bukan syiah

Related Posts with Thumbnails