Sabtu, 11 Disember 2010

BENARKAH MENYIMPAN JANGGUT BAGI LELAKI WAJIB DI DALAM ISLAM?

Antara pesanan rasulullah yang menegaskan supaya lelaki islam menyimpan janggut:

1.“Berbezalah kamu daripada orang Musyrik, iaitu peliharalah janggut dan cukurlah misai” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “kamu simpanlah janggut dan potonglah misai, ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nasrani”. (Riwayat Ahmad).

PENDAPAT TENTANG HUKUM BERJANGGUT DI DALAM MAZHAB

1."Makruh mencukur janggut menurut satu pendapat disisi mazhab Syafie manakala jumhur ulamak melarangnya."dirujuk di ruang soal jawab laman web Ustaz Azhar Idrus.Klik disni

2.Namun bagi orang awam didalam mazhab syafie,janganlah terlalu berasa selesa akan kelonggaran ini,“HARUS DIINGATKAN”,pendapat majoriti besar dari kalangan alim ulama menyatakan HARAM sama sekali membuang janggut bagi lelaki.Malah mazhab Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut.Dan Mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi).

CUMA PENDAPAT

Walaupun dirasakan amat tegar dalam diri kita untuk menyimpan janggut kerana dikatakan berpegang pada pendapat mazhab syafie iaitu tidak wajib,tapi jangan lah pula sampai membenci dan memandang negatif akan perbuatan menyimpan janggut.Kerana perbuatan ini merupakan perbuatan para rasul dan nabi,para sahabat,dan juga alim ulama.Malah jumhur ulama menyatakan wajib menyimpan janggut bagi lelaki.Di dalam mazhab syafie pula,walaupun menyimpan jaggut tidak wajib namun ianya tetap makruh jika membuangnya.

Jika anda katakan anda masih belum bersedia untuk menyimpan janggut tidak mengapalah kerana ianya masih bukan dianggap wajib disisi satu pendapat di dalam mazhab syafie,tapi apalah salah kiranya anda cuba menyimpan azam supaya kelak diri ini mampu meninggalkan perkara-perkara makruh dan kemudian mengikut sunnah disebalik menyimpan janggut.Hal ini lebih baik berbanding golongan yang tidak berjanggut dan pada masa yang sama menanam pula perasaan negatif dan meringan-ringankan perbuatan yang disuruh oleh rasulullah ini.

4 KOMEN IKHLAS PEMBACA:

Munir Kangsari berkata...

as far as i'm concern Shafie juga wajib simpan. Dibawah saya quote dari masabih forum

Shafi'eah: Allaamah Nawawi (RA) states, 'The correct view (according to the Shafi'ee Madhab) is to leave the beard to grow and it is makrooh to trim the beard whatsoever.' (al-Majmoo vol.1 pg.290; also see Sharh Saheeh Muslim vol.2 pg.143)

syahbandar87 berkata...

benar lah tu..pndpt dlm mazhab syafie jg ada yg menyatakan wajib menyimpan janggut..namun jika dirujuk kembali dr petikan sy

"Makruh mencukur janggut MENURUT SATU PENDAPAT disisi mazhab Syafie manakala jumhur ulamak melarangnya."

sy telah menjelaskannya iaitu menurut satu pdnpt(safieyyah syafie)dlm mazhab syafie,ini bermakna ada pendpt2 lain lagi.

dan kenapa sy mengambil satu pendpt ini iaitu pndpt makhruh kerana di Malaysia ramai dari kalangan kita yang masih tidak berjanggut dan berpendpt berjnggut cuma sunat tapi bkn wajib kerana mereka berlandaskan pd pendapat ini.

Malah Dr Yusuf al-Qaradawi jg melihat tindakan memelihara janggut sebagai sunat dan bukan wajib. Mencukur janggut pula dihukum makruh (al-Qaradawi, 1995: 94-96).

jadi sy cuba bersikap adil dngn menyediakan pendpt yg menyatakan makruh dan pada masa yg sama sy menyatakan jg pndpt jumhur/majoriti ulama yg menyatakan haram membuang janggut.disebabkan masih rmi yg merujuk pd pndpt yg menyatakan tidak wajib,dan pndpt tersebut pula datangnya dari pndpt ulama2 yg muktabar,maka adalah tidak bertepatan lah jika sy menulis artikel ini dngn menyatakan hukum menyimpan janggut adalah wajib secara mutlak tampa menyatakan khilaf yg menyatakan bkn wajib.bahkan hal ini akan menimbulkan salah faham dikalangn orng awam yg telah lama berpegng pd pndpt bkn wajib.

namun sy telah menyatakan akan pndpt jumhur ulama iaitu wajib menyimpan janggut dan jg penegasan di dlm tulisan sy spya kita semua kembali mengikut sunnah dan berusaha meninggalkn perkara2 makhruh walaupn kita kata kita berpegang pd pndpt yg menyatakan tidak wajib.

berhubung pndpt makhruh membuang janggut mengikut satu pndpt disisi mazhab syafie itu sy merujuk pada pendapat ustaz azhar idrus di laman webnya pada bahagian soal jawab:

http://www.forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=3772&p=91102&hilit=janggut#p91102

sekian :)

Munir Kangsari berkata...

FYI Dr. Yusuf Qardawi the so called Presiden Ulama sedunia has been warned by others Ulema. In the Majlis they have some section explaining the mistakes make by him which is misguding Muslim in masses. May Allah protect us.

Allah Haffiz.

syahbandar87 berkata...

kenapa kita mesti mempertikaikn khilaf jika ia sememangnya wujud perbezaan pndpt dari kalangn alim ulama yg muktabar mengikut ijtihaj mereka yg lbh berilmu dr kita.maka dlm khilaf dr kalangn ulama yg diiktiraf sebagai ahlu sunnah waljamaah,ianya dianggap betul belaka.

1.memetik dr majlis fatwa singapura
(http://www.muis.gov.sg/eservices/faqs/muis_faqmain3_m.asp?strItemChoice=2005329105057&strSubItemChoice=2005329105110&action=SHOWTOPICS&m_strTopicSysID=200751512944)

"Menurut mazhab Syafi’i, menyimpan janggut tidak wajib akan tetapi ia adalah sunnah. Maka menurutnya, adalah baik untuk seseorang lelaki itu menyimpan janggut tetapi hukumnya bukanlah wajib. Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, menyimpan janggut adalah wajib.

Sayugia diingatkan bahawa janggut adalah sesuatu yang ada kena mengena dengan luaran muka. Apa yang lebih penting adalah iman, tingkah laku dan apa yang terkandung di dalam hati seseorang itu. Oleh itu, jika seseorang itu mahu menyimpan janggut tetapi tidak meneliti akhlak dan aqidahnya, maka ia adalah satu pendekatan yang berat sebelah dan cetek."

2.bkn shja pndpt dr.yusoff qardawi
yg menyatakan tidak wajib.malah terdpt jg pndpt dr lain2 alim ulama.baca dengan teliti disini https://islamkitasemua.wordpress.com/2010/01/20/fatwa-al-azhar-tentang-hukum-memelihara-jenggot-dan-meninggikan-ujung-celana/

3.pendpt ustaz azhar idrus di laman webnya yg mana beliau merujuk pndpt dr kalangn ulama dlm mazhab syafie
http://www.forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=3772&p=91102&hilit=janggut#p91102

nmpknya bkn seorng yg berpndpt demikian.maka ianya telah pun termasuk dlm perkara khilaf

Related Posts with Thumbnails